Tetapi apabila kita telah berada di tengah lautan, apa pun yang mendepani kita tidak boleh berpatah balik. Jika masih dekat dengan pelabuhan mungkin tidak menjadi masalah untuk kita berpatah balik, tetapi tatkala berada di tengah lautan, mustahil kita boleh berpatah semula.
Begitulah kehidupan kita yang boleh diumpamakan kapal-kapal yang sedang belayar di tengah lautan. Kita sememangnya sudah lama meninggalkan pelabuhan dan sekarang sedang menghampiri destinasi. Entah bila akan sampai tiada siapa yang tahu. Apa yang berlaku di tengah-tengah juga kita tidak tahu. Kita cuma mampu berdoa dan bertawakkal kepadaNya.
Kapal yang belayar itu, sebelum belayar tentu ia tidak yakin akan menempuh laut bergelora. Tapi ia belayar juga meninggalkan pelabuhan. Di tengah-tengah perjalanan nanti kalau berlaku sesuatu, apa sangat yang mereka boleh buat untuk mengubahnya.
Mereka tidak boleh berbuat apa-apa kecuali berusaha mengatasinya. Tetapi untuk menghentikan semua malapetaka di laut mungkin mustahil dan tidak mampu. Yang mampu hanyalah berhadapan dengan masalah itu dan mengawal kapal agar tidak rosak atau karam di pukul ribut dan ombak. Kalau begitu perumpamaan hidup kita, kita semua sedang belayar sekarang.
Jika kita memahami hal ini, kita takkan kecewa sangat kalau dalam hidup kita terpaksa menempuh cabaran, onak dan duri. Sebab ibarat orang sedang belayar, memang mainannya ialah ombak dan angin kuat di laut.
Jangan takut masalah yang dibangkitkan orang sekeliling. Mereka itu aset kita. Kalau tidak ada mereka buat masalah pada kita mungkin kita tidak mengenali betapa berharganya kehidupan ini. Semoga kita dapat teruskan perjalanan ini dan selamat belayar dan terus belayar selagi belum sampai ke destinasi. Belayar dan terus belayar tanpa putus asa, jemu atau mahu berpatah balik ke belakang.
Selamat menghadapi ujian kehidupan dan peperiksaan SPM yang bakal tiba, semoga Allah SWT melimpahkan ketenangan dalam menjawab soalan dan InsyaAllah hasilnya nanti adalah keputusan yang cemerlang.
Sesungguhnya kejayaan kalian nanti adalah kejayaan jamaah jua dan umat Islam keseluruhannya. Jangan lemah semangat & teruskan perjuangan!
Ikhlas daripada,
Abg Hazwan
Tetuan Halim & Ismail
Peguambela & Peguamcara
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. Dan sesiapa yang berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu-kecuali ia bergerak ke arah yang lain (untuk menjalankan tipu muslihat peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain)- sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahannam, sedang neraka jahannam adalah seburuk-buruk tempat kembali” – Surah Al-Anfal: 15-16.
0 comments:
Post a Comment