-Perutusan Penasihat-

Saturday, January 31, 2009




Assalammualaikum wrh. Wbt.

Semoga kalian sihat sejahtera. Bertemu kita di alam siber untuk julung-julung kali pada sesi 2009. Saya mengalu-alukan kehadiran kalian ke Program Remaja Suksess kali pertama tahun 2009 di Dewan Seminar Taman Indah ini. Objektif pertemuan kita pada siri pertama adalah untuk membangkitkan keazaman para peserta menghadapi musim 2009 ini dengan perancangan strategik akademik yang lebih sistematik. Semoga kehadiran Ust. Norazman Mohamad akan menyuntik semangat kalian mengharungi ujian kehidupan dengan lebih tabah dan SUKSESS! Sesi bengkel bersama fasilitator Suksess akan memugar potensi diri kalian dalam usaha mencapai IMPIAN 2009. Semoga kalian semua SUKSESS…
Baca Lagi/ Read More...

-Hari Sukan Sekolah-

Assalamulaikum
Pada 31 Januari, Maahad Ahmadi telah mengadakan Temasya Sukan Sekolah yang penuh gilang gemilang..pada jam 7.30 pagi, temasya dimulakan dengan acara bagi pihak muslimat...pelbagai ragam dapat saksikan ada yang serius, letih, ketawa dan pelbagai lagi..tetapi yang sedihnya....pelajar muslimin tidak dapat menyaksikan kerana biasalah....batasan agama....hehe...kemudian..acara bagi pihak muslimin dimulakan pada pukul 10.10 pagi..pada pemulaannya...memang sesak la..nak daftar lagi..nak uruskan pelajar2 lagi....tapi...keadaan boleh dikawal... hebatnya muslimin maahad ahmadi...hehe...acara2 yang dipertandingkan telah diterajui oleh ayahanda...,Ustaz Zulkarnain Itam..dan diakhiri dengan acara lompat kijang...berhiburlah dengan aksi-aksi yang mendebarkan dan menceriakan suasana....=) Baca Lagi/ Read More...

-Hari Bersejarah-

Thursday, January 29, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..Tanggal 12 Januari 2009, seramai 150 pelajar tingkatan satu mendaftar di Maahad Ahmadi. Kehadiran pelajar bersama ibu bapa mereka tiba seawal jam 9.00pg. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Badan Perwakilan Pelajar Maahad Ahmadi(BPP). Ramai dikalangan pelajar E'dadi 1 yang mendaftar dengan perasaan gembira kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka, disamping itu ada juga yang sebak meninggalkan keluarga masing-masing.Kami bawakan sedikit foto untuk santapan jiwa anda.
Dan ini foto sebahagian pelajar e'dadi 1 yang baru sahaja mendaftar.

Baca Lagi/ Read More...

Wednesday, January 28, 2009

Baca Lagi/ Read More...

Salam Ukhwah dari Kelab Remaja Suksess

Thursday, January 15, 2009

Bismillahirrahmaniirrahim..alhamdulillah,dengan izin Allah s.w.t dapat kami Kelab Remaja Sukses mengemaskini laman blog kami, walaupun tidak seberapa tetapi kami yakin inilah yang paling canggih pernah kami desingkan. Ahlan Wasahlan kepada para pengunjung laman blog kami.InsyAllah laman blog kami akan terus dipenuhi dengan input-input yang mantap untuk membantu masyarakat dari segi Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelektual. Gambar dibawah ini adalah gambar jawantankuasa kelab. Dari kiri, Zul Aimin(Exco Keusahawanan), Habibullah(Exco ICT), Syahir Hazmi(Exco ICT), Fakhriey Fhaqahah(Exco Program), Al-Faqir Mohd Asri(Pengerusi Kelab&Exco ICT). Manakala gambar dibawahnya pula,adalah terdiri daripada Jawatankuasa Muslimat.

Baca Lagi/ Read More...

-Pengenalan-

Friday, January 9, 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Ahlan Wasahlan,Selamat Datang kami ucapkan kepada pengunjung laman blog kami.Walaupun tidak seberapa kerana laman blog ini masih lagi dalam proses pembikinan oleh unit ict Kelab Remaja Sukses .Insyaallah kalau diizinkan Allah kami akan melancarkan laman blog kami pada masa yang terdekat ini. Baca Lagi/ Read More...