Terima Kasih Ku ucapkan

Monday, December 21, 2009

Bismillah, kumulai bicara ini dengan memuji Tuhan Yang Satu. AlfaQir hanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Mohamad atas kesudian beliau hadir ke majlis perkahwinan abang ana. Wallahua'lam.Ana sempat bergambar dengan Guru Sukses



Ayam golek sedang bergolekTeman-teman sukses yang hadir memeriahkan lagi majlis.
Keceriaan diwajah mereka menggambarkan sifat mahabbah dilubuk hati mereka. Baca Lagi/ Read More...

DETIK NAN INDAH...

Sunday, November 15, 2009

Seperti yang sudah dijangkakan, kini aku bakal menjadi seorang bekas calon SPM pada akhir tahun 2009 ini. Segala kenangan manis sepanjang aku berada di bumi Maahad tidak akan aku lupakan. Buat semua guru yang disanjungi,jasa kalian semua tidak pernah aku terfikir untuk melupakannya. Kalian adalah insan yang telah mencorak kehidupankusehingga benar-benar menjadi insan yang berguna. Segala tunjuk ajar kalian pasti akan kukenang setiap detik aku masih bergelar seorang insan yang beriman kepada Allah S.W.T. Aku mengucapakan ribuan terima kasih atas jasa kalian semua. Buat Cikgu Mohamad, terima kasih yang tidak terhinggaatas usahamu untuk menjadikan kami semua sebagai insan yang suksess. Begitu banyak jasamu yang telah dicurahkan ke atas bumi Maahad ini sehingga aku benar-benar terasa akan impaknya. Aku sedar mungkin ini salah satu caranya untuk mengembangkan lagi generasi yang berwawasan kelak. Dengan tanpa mengenakan sebarang bayaran atas usahanya, aku merasakan usahanya yang begitu ikhlas itu begitu berbaloi. Setiap detik kami bersama cikgu dalam melayari bantera kehidupan ini amat berharga sekali. Selain banyak memberikan input-input yang begitu berbeza, cikgu juga sering memberikan kami seberapa banyak yang boleh kata-kata peniup semangat tidak kira lahir dari pemikiran beliau sendiri, mahupun daripada tokoh-tokoh cendiakawan yang terkenal. Aku sentiasa mengingati kata-kata Bill Gates yang telah disampaikan oleh beliau iaitu, "If you know how to apply your intelligence, you can achieve anything". Jadi inilah buktinya mengapa aku sering mengatakan beliau seorang yang hebat lagi berwawasan tinggi. Amat tidak masuk akal, jika ada segelintir pelajar yang mengatakan beliau hanya seorang yang mempunyai impian dan angan kosong. Aku juga akui kadang-kadang beliau begitu meletakkan harapan segunung tinggi pada kami untuk berubah secara serta-merta. Namun setelah lama diriku berfikir akan kesahihan pernyataan beliau, aku akhirnya mengakui beliau seorang yang benar dalam memperjuangkan segala usahanya. Peluang untuk bersamanya pasti tidak akan aku lepaskan, kerana aku amat pasti akan menerima natijah yang lebih hebat daripada aku inginkan. Terima kasih atas segalanya, CIKGU MOHAMAD BIN ASPARI. Jasamu akan kukenang sehingga akhir hayatku.
Mujahid Islam
~Syahir Hazmi~
..2 Omar..
Baca Lagi/ Read More...

~KURSUS KEPIMPINAN AHLI BARU KRESS 2010~

Pejam celik, pejam celik, hakikatnya telah pun tiba penghujung tahun 2009. Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa sessi 2010 dikuat kuasakan pada 12 November 2009 bagi menggantikan Ahli Jawan Kuasa sessi 2009 yang sentiasa siap siaga menjalankan amanah dan tugas yang dipikul. Tahniah kepada yang terpilih untuk meneruskan perjalanan suksess kelab yang baru dilahirkan pada Januari 2009 yang usianya baru mencecah satu tahun di Maahad Ahmadi.

AHLI JAWATAN kUASA KELAB REMAJA SUKSESS 2010

PENAUNG
Abdul Rahim Bin Maamor
PENASIHAT
En Mohamad Bin Asapri
Pn Naumy Binti Abdullah
PENGERUSI
Muaz Bin Omar
NAIB PENGERUSI
Nor Anisah Binti Sabtani
SETIAUSAHA
Nurul Athirah Binti Hasrah
BENDAHARI
Nurul Hafiza Binti Mazelan
AHLI JAWATAN KUASA
Muhd Zulhafizi Bin Salim
Mohd Fauzi Bin Nordin
Siti Noor Balqis Bin Rahmat
Muhd Azwan Bin Azman
Nur Attira Binti Mohamad Mahadi
Mohd Fadzli Bin Mohd Nor
Nur A’inaa Binti Muhammad Diah
Sharifah Wardah Binti Syed Azuwil
Mohd Firdaus Bin Ramlan
Nur Farahin Binti Abd Rahim


Sesi perlantikan AJK KRESS 2010 dibahagikan kepada dua sesi iaitu petang dan malam. Majlis bermula pada jam 3.00 petang yang diketuai oleh Mohd Asri Bin Zainal selaku pengerusi Kelab Remaja Suksess 2009. Aktiviti yang dijalankan ialah Seminar Blog kepada semua AJK KRESS 2010 yang bakal dilantik yang bertujuan mengajar semua ajk mempunyai kemahiran penggunaaan blog. Aktiviti berakhir jam 4.30 petang. Dihadiri oleh semua peneraju KRESS 2010 termasuk akhi sanjungan Maahad Ahmadi tahun 2009 ini iaitu Akhi Abdul Aziz Bin Saidina Abu Bakar.


Agenda diteruskan selepas jam 8.00 malam dengan tontonan video mengenai kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Konstantinopel berdasarkan pegangan hadis Rasulullah. Kemudian, setiap calon ditugaskan untuk menyampaikan cara-cara penyediaan program ketika diarahkan membuat program untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 3 yang bukan beraliran agama. Agenda ini diibaratkan seperti kursus kepimpinan untuk cemerlang dalam menjalankan tugas. Calon-calon ditugaskan untuk membentangkan tugas dan tanggungjawab serta agenda yang perlu direalisasikan. Sejurus kemudian, komentar diberikan dari pelbagai aspek kepada dua kumpulan bakal kepimpinan KRESS 2010 yang dipecahkan bagi melaksanakan tugas yang ditetapkan tadi. Agenda terakhir berlangsung dengan aktiviti soal jawab daripada mantan kepimpinanan KRESS 2009 kepada peneraju KRESS 2010 untuk menjelaskan tugas-tugas yang perlu dipikul kala susah dan senang.


Ucapan penutup diteruskan oleh mantan pengerusi KRESS 2009 iaitu Akhi Mohd Asri Bin Zainal dengan menyatakan harapan dan penghargaannya selama menjalani liku-liku kehidupan bersama Kelab Remaja Suksess. Ucapan diteruskan oleh Cikgu Mohamad Bin Aspari, beliau berkongsi ilmu mengenai cara-cara kepimpinana yang patut di bawa ketika menjalankan sesuatu program.Majlis berakhir kira-kira jam 11.30 malam dengan acara jamuan makan.

Baca Lagi/ Read More...

SEJUTA HARAPAN,SEGUNUNG IMPIAN

Tuesday, September 29, 2009

“Assalamualaikum warahmatullah..”bergema di seluruh pelusuk dewan kemerduan suara imam memberi salam..Tepat jam 9.45 malam,tamatlah solat terawikh secara berjemah di Dewan Ibnu Sina,Bumi Tarbiyah..Hatiku sebak tatkala mengenangkan inilah solat terawikh terakhir bagi Ramadhan 2009 di Bumi Tarbiyah..Kerisauan sekali-sekala menjengah sudut hatiku.Apakah aku masih bisa merasakan barakah Ramadhan depan?Atau apa mungkin inilah karamah Ramadhan yang terakhir bagiku..Ku serahkan semua pada Yang Maha Satu..Aku hanya mamu berdoa kepada Illahi agar aku masih bisa dipertemukan dengan Ramadhan-Ramadhan yang akan datang dan aku juga berdoa agar aku dipertemukan dengan malam yang lebih mulia dari 1000 bulan,LailatulQadar..Agar aku bisa menjadi ummah harapan Rasulullah dalam tugasku menyebarkan dakwah islamiah..Agar aku bisa menjadi hamba-Nya yang mampu menjalankan amanah diri..Suara Ustaz TaufiQ memberi pengumuman mematikan lamunanku.. “Perhatian kepada pelajar muslimat,anda dikehendaki tunggu sebentar di dewan kerana ada program bersama Ckg.Mohamad”Riuh-rendah sebentar ruang tengah dewan Ibnu Sina mendengar rungutan dari pihak muslimat yang tidak berpuas hati dengan arahan yang dikeluarkan ..Pada asalnya,aku juga tidak bersemangat untuk mengikuti program untuk kali kedua bagi pihak pelajar muslimat…Tetapi aku tetap menggagahkan diri mengikuti program ini.. ‘Manalah tahu,kot-kot ada video baru ke..’getus hatiku….Aku bersama-sama teman-teman lain mengambil posisi yang agak selesa..Tiba-tiba berlakulah satu drama yang tidak formal dibelakangku..Tersentuh hatiku melihat linangan airmata temanku,Faiz Nur Fatin..Aku cuba bertanya kepadanya..Sambil tersedu-sedu,temanku bercerita bahawa sesungguhnya dia merasa sedih yang amat sangat atas beberapa hal yang menimpa dirinya..Aku memberikan kata-kata semangat kepadanya yang ku lihat tidak putus-putus airmatanya mengalir..Dan aku berharap,agar kau semat kata-kataku sebentar tadi di sudut jiwamu,teman!Suka duka 2009 ni banyak mengajar aku erti kehidupan,erti teman-teman,dan paling berharga dalam kenangan 2009 ku adalah kasih-sayang teman-teman.!


Tanpa berlengah lagi,Ckgu Mohamad meneruskan slotnya pada malam ini..Slot malam ini dimulakan dengan zikir Asmaul-Husna bagi mencari keberkatan-Nya!Dan diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Demi Matahari’..Walaupun aku masih lagi bertelekung tetapi itu semua tidak sedikitpun melunturkan semangatku menyanyikan alunan nasyid ini…Guru sukses memulakan slot ini dnegan video-video klip yang menarik..Slot malam ini merupakan unsur-unsur kerohanian yang ingin diterapkan oleh guru suksess dalam diri pelajar generasi pemangkin ummah dimana guru suksess menunjukkan kebesaran dan keagungan Yang Maha Berkuasa!Guru suksess juga mengadakan slot pada malam ini untuk mendedahkan kepada pelajar tentang anugerah-anugerah yang dikurniakan Yang Maha Satu kepada hamba-hambanya!Aku terpana seketika walaupun ini buat yang kali keduanya aku mendengar tazkirah ini,tetap jauh disudut hati ini kagum dan tersentuh dengan paparan-paparan video yang banyak menunjukkan bukti-bukti keagungan Tuhan! Entah mengapa,hatiku sebak dengan kata-kata guru suksess sebentar tadi..Rupa-rupanya,kehidupan guru suksess yang ku kagumi selama ini bermula dengan kekecewaan,kesedihan dan pengorbanan..Ditinggalkan ibu tercinta pada usia yang amat muda tidak sedikit pun melunturkan semangat beliau meneruskan kehidupan mencapai impian..Rupa-rupanya kejayaan yang dikecapi selama ini bersulamkan titik-titik kekecewaan masa lalu!Cikgu masih utuh berdiri walaupun tanpa kehadiran insan tersayang disisi..masih gagah meneruskan sisa-sisa kehidupan dan dengan penuh keazaman kau akan tebus semua kekecewaan lalu!Dan berdirilah kau pada hari ini,seorang yang berjaya!Aku terpana dan kagum dengan keazaman yang tinggi terpahat dalam diri kau..Tidak bisa aku bayangkan keadaanku jika aku berada ditempat kau.Tidak bisa aku bayangkan keadaanku jika aku ditempat kau…Aku yang masih mempunyai ibu ini tidak menghargai pengorbanan ibuku..!Ah,aku sedar khilaf diri ini!Oh Tuhan,panjangkanlah umur kedua ibu bapaku,Amin Ya Rabbal Alamin..!


Kaget,kagum,terkesima dengan keindahan pemandangan bumi-bumi yang diciptakan Maha Kuasa!Tercabar juga aku melihatkan kemajuan teknologi pengangkutan Negara Jepun yang maha fungsi kenderaan tersebut hampir sama dengan fungsi LRT di Negara kita!Mempunyai 2 tingkat dan bergerak sejauh 250 km dalam masa sejam..Ahh,di Malaysia pula,yang ada hanyalah bas ekspress 2 tingkat..Sudah banyak jauh ketinggalan juga Negara kita ini,monologku sendirian…Bila lagi Negara ini mahu bangkit standing dengan teknologi Jepun?Ingatlah teman-teman,Negara kita masih memerlukan pemangkin pemimpin yang dapat menaikkan nama Negara dan kita adalah generasi iu..Jadi,bangkitlah wahai teman!Jangan biarkan mina kita hanya dikuasai dengan politik yang tak berkesudahan!Ingat,hany kita yang mampu mengubah nasib Negara kita.Teringatku dengan kata-kata Bill Gates, “The intelligent person who know to apply his intelligence can accomplish everything…” dan aku yakin,tiada apa yang mustahil untuk aku di muka bumi ini!Melihatkan Bill Gates yang kurang sempurna sifatnya itupun mampu menjadi jutawan,inikan pula aku yang dikurniakan Maha Berkuasa cukup sifat..Aku mampu melakukannya jika aku benar-benar yakin dengan janji Tuhan!Sesungguhnya,tahun 2009ini adalah tahun yang benar-benar berharga bagiku!Memberikan aku 1001 untuk aku simpan kemas di lipatan minda dan hatiku!Perjalananku masih panjang dan aku harus meneruskan perjuangan mencari kehidupan..Harapanku kepada teman-teman,janganlah kau lupakan kenangan dan kejayaan yang kita ukir bersama sepanjang perjalanan persahabatan ini…Tepat jam 11.30 malam,guru suksess memaparkan pula tentang anugerah kehidupan dan katnya lagi,slot akan tamat 10 minit lagi.Aku lihat,ramai yang sudah dibuai angina kipas Dewan Ibnu Sina..Lena sungguh..!Jauh disudut hatiku,aku bersyukur sempat dipertemukan dengan guru suksess yang banyak menunjukkan aku jalan kehidupan yang sebenar..yang banyak membantu sipa dri aku yang sebenar..!

Tepat jam 12 malam,guru suksess menamatkan slotnya pada malam ini..Banyak input-input yang aku dapat sepanjang slot malam ini dan menjadikan aku lebih bersemangat meneruskan hari-hari yang mendatang!Dan dengan semangat itulah aku mampu mencoretkan sedikit luahan hatiku pada pagi Ramadhan yang penuh karamah ini..Temanteman lain sudah lena dibuai mimpi…Padaku,sukar untuk melelapkan mata besarku ini..Entah mengapa,hatiku terlalu sebak untuk aku ungkapkan semuanya..Bumi Tarbiyah ini telah banyak mengajar aku!Segala-galanya di Bumi Tarbiyah yang barakah ini..Kepada guru suksess,iringilah setiap langkahku dengan doa-doamu agar aku bisa beroleh kejayaan sepertimu dan buatmu,sekalung budi ucapan terima kasih kerana sudi menjadi teman serta guru yang banyak membantuku mencari erti kehidupan di bumi ini!Sesungguhnya kita akan ditemukan lagi dengan izin-Nya,dan saat itu aku berjanji,kau pasti berbangga dengan kejayaanku..Sesungguhnya jua,2009 menjadi memori paling indah dalam hidupku!Suksess ya!



-Catatan student yang banyak kekurangan-
-3.00 pagi-
17/09/09
27 Ramadhan 1430 H Baca Lagi/ Read More...

SALAM LEBARAN

Saturday, September 19, 2009



Salam Lebaran....Buat semua umat Islam...
Ramadhan akan meninggalkan kita,
Syawal menjelang menandakan Hari Raya,
Kehidupan biasa bermula semula,
Ramadhan hadapan belum tentu kita berjumpa..

Salam Aidilfitri dari Kelab Remaja Suksess...
Suksess for 1 Malaysia...Suksess for 1 Ummah..!!! Baca Lagi/ Read More...

Roh Ramadhan

Sunday, September 13, 2009


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini) menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang menghadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak Adam itu, terputuslah semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

"Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu, damailah engkau di sana di bawah rahmat dan kasih sayang Nya, sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari, Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi."

aziah.ismail@exxonmobil.com

Baca Lagi/ Read More...

Selamat Menyambut Hari Lebaran 1430h


Baca Lagi/ Read More...

Kelab Remaja Sukses: ANUGERAH KEHIDUPAN....satu catatan diari...

Wednesday, September 9, 2009

Satu refleksi diri yang syahdu dan "very touching" buat seorang murabbi yang sukses. Moga kita semua mendapat manfaat daripada sketsa kehidupan yang dikurniakan oleh Allah swt pada diri kita hari ini. Bukannya mudah untuk bangkit daripada kegagalan...dan tidak juga sukar untuk bangkit mencipta kejayaan, jika kita benar-benar inginkan kejayaan dalam hidup kita pada hari ini dan akan datang! Moga Sukses cg Mohamad... Baca Lagi/ Read More...

'BLOCK' BLOG KAHAR RASUL MELAYU

Assalamualaikum.

Kelab Remaja Sukses dengan berbesarhatinya meminta agar Blog Kahar Ahmad ini di'block' secepat mungkin.

sahabat/sahabiah tolong FLAG blog ini agar ia di'block' secepat mungkin.

blog 'rasul palsu melayu kahar'

Patut di perangi golongan sesat macam ni

Cara flag/block:

-buka blog http://messengerofgodtoday.blogspot.com/
-klik gambar bendera on top of the blog (sebelah bendera tu ada tulis FLAG/ berada diatas sekali dibahagian blog)
-pilih kategori 'hate or violation' kemudian ikut arahan seterusnya sehingga akhir proses.
Baca Lagi/ Read More...

ANUGERAH KEHIDUPAN....satu catatan diari...

Tuesday, September 8, 2009


Apa yang ingin kutulis pada malam ini? Mataku masih lagi belum mengantuk dan hatiku masih lagi resah memikirkan sesuatu! Sesuatu..ya sesuatu yang bersarang di minda ini! Apa yang sedang kufikirkan sekarang ini? Mencari idea untuk menulis di blog yang kian mendapat perhatian ramai ini? Benarkah kehadiran blog sukses ini kian menjadi perhatian anak-anak remaja bumi adat perpatih dan generasi muda negara One Malaysia? Ya...demikianlah mindaku terus berputar..memikirkan kerelevanan kewujudan blog ini bagi tujuan mengisi kekosongan santapan jiwa anak-anak remaja yang kian tandus nilai luhur dan jati diri. Ayuh, teman-teman sukses One Malaysia kita berganding bahu, bertukar-tukar pandangan untuk memartabatkan imej anak muda di negara ini...

Teman-teman sukses yang budiman,

Malam ini ingin kukongsi sedikit pengalaman hidupku dengan kalian agar kalian semua mengerti betapa berharganya kehidupan kalian sebagai seorang anak remaja harapan ayah ibu , agama , bangsa dan negara. Tatkala aku seperti kalian pada usia remaja, aku juga menikmati saat-saat indah dan juga detik-detik kekecewaan dalam hidupku. Setelah aku berhijrah ke bumi adat perpatih ini selama 15 tahun berbakti di Maahad Ahamdi (1995-2001), SMA Dato Hj Mustafa (2002- Julai 2004), SMA Dato Klana Petra Maamor ( Ogos 2004 – Jan 2008) dan kembali ke bumi tarbiyah sejak Februari 2008 hingga kini, pengalaman hidup di berbagai-bagai tempat itu telah banyak mengajar diri ini mengenali dan menyelami kehidupan anak-anak remaja di kampung-kampung, tanah-tanah rancangan felda dan taman-taman perumahan di bandar yang dahagakan ilmu pengetahuan pengurusan diri dan matlamat kehidupan bertunjangkan ajaran agama! Anak-anak didikku...seringkali kita hidup seolah-olah tidak ada panduan, tidak ada bekalan, tidak ada impian yang kita inginkan dalam hidup ini! Mengapa hal yang sedemikian masih lagi berlaku pada abad ke-21 ini yang dikatakan zaman serba maju berasaskan teknologi 3G?

Anak-anak didikku yang budiman...bacalah selingkar kisah hidupku ini, agar kalian dapat manfaat dan mampu bangkit daripada lena yang panjang! Bacalah....Iqra..ANUGERAH KEHIDUPAN!

...Suatu ketika dahulu aku pernah gagal, aku pernah kecewa, aku pernah ”hopeless” terhadap kehidupan ku, lantaran ibuku pergi pada usia ku 16 tahun, dan hidup ayah sebagai penjaja kecil di tengah-tengah kota metropolitan Johor Bahru memang cukup mencabar. Keadaan ayah seorang diri hendak mengurus warung dari pagi hingga ke malam menyebabkan aku benar-benar rasa pasrah dengan takdir Tuhan. Tambahan , ketika itu aku hendak menghadapi SPM, dalam aliran sains tulen pula, benar-benar membuatkan diri ini amat tertekan dengan desakan kehidupan tatkala itu. Semua adik beradikku tatkala itu sedang belajar..siapa yang akan bantu ayah..sudah tentu diriku dan adik perempuanku yang ketika itu berada di tingkatan 2. Kakak sulung di UKM, sementara kakak kedua di Kanada. Abang pula bekerja di luar negara, tukang masak di atas kapal MISC. Dengan keadaan diri yang haru biru, keputusanku sudah dijangka aku gagal dalam SPM, memperoleh Gred 3. Aku tidak layak memohon mana-mana IPT. Alangkah hancur luluh perasaan ini tatkala itu, Tuhan sahaja yang tahu! Tak lama kemudian, ayahku mendirikan rumah tangga dengan emak baru, semasa aku tamat SPM. Aku redha dengan pilihan ayah, aku mengerti aku tidak mampu menjaga makan minum dan sakit ayah, walaupun kakak tidak begitu setuju. Namun, aku yang hari-hari bersama-sama ayah, bisa menerima takdir itu. Aku belajar menguruskan warung bermula jam 5.00 pagi hingga ke malam. Duniaku, rumahku, tempat belajarku..di warung itu...di tengah-tengah kesibukan Bus Station Johor Bahru-Singapura..lebih sedekad! Hal itu tidaklah membuatkan diriku bersedih..kerana selama ini aku tetap bahagia bersama-sama allahyarhamah ibuku, Saniah bte Abd. Hamid, sejak kecil hinggalah ia kembali menghadap Illahi pada usia yang muda, 46 tahun...kerna Kanser Payu Dara.

Teman-teman sukses yang kukasihi..


Ku ceritakan kisah ini untuk kalian bukan untuk meminta simpati , tetapi sekadar berkongsi kesedihan, kegembiraan, dan pengalaman hidup dengan kalian agar diri kalian bisa menghargai setiap detik kehidupan ini sewaktu bersama-sama dengan ibu ayah dan sesiapa sahaja yang kalian cintai! Setelah aku gagal dalam SPM, ke mana hendak kubawa diri ini? Akhirnya dengan keputusan tak seberapa itu, aku ditawarkan memasuki tingkatan 6 di sekolah ku, Maktab Sultan Abu Bakar. Namun aku hanya mampu bertahan untuk 6 bulan sahaja, tak mampu kutahan mengalir air mata kesedihan, melihat satu persatu teman-teman rapat yang sukses melangkah keluar ke IPT dan ke luar negara juga! Ohh..terasa benar hati bagai disiat-siat, terluka dan pedih tidak terkira. Akhirnya aku nekad, berhijrah! Dari sebuah sekolah menengah yang tersohor di Johor Bahru ku bawa diri ini ke sebuah sekolah yang tidak ternama di kampung ku, Batu Pahat..belajarlah aku di SMK Munshi Sulaiman, bersama-sama dengan batch pertama STPM sekolah itu, yang serba kekurangan! Tatkala itu, aku sebenarnya rasa amat bersalah dengan ayah, kerana apa? Kerana aku terpaksa meninggalkan ayah dan ibu baru serta adik perempuanku menguruskan warung! Tekadku, aku tidak mahu gagal kali kedua dalam hidupku. Aku harus membayar pengorbanan ayah dan ibu baruku..kerana mereka merelakan pemergianku, duduk seorang diri di sebuah rumah pusaka yang besar, belajar sendirian, masak sendirian, bekalan hidup hanya biasiswa yang kuperoleh. Pada ketika itu, bukan aku tidak sayangkan keluargaku..tetapi aku perlu bekerja keras dengan sepenuh jiwa ragaku, ”all out” untuk mencapai impian hidupku memasuki universiti..untuk mengubah hidupku pada masa hadapan. Namun aku sedar cabaran dan rintangan yang bakal akan kuhadapi di sekolah baru yang serba kekurangan ini. Aku cekalkan hati..mencari dan terus mencari guru-guru yang bersedia membimbing diri ini dengan cara yang terbaik demi cita-citaku. Alhamdulillah di sini aku memperoleh guru-guru yang bersedia membantu kami, tidak mengira masa cuti atau penat, mereka tetap datang membantu kami, pelajar-pelajar batch pertama STPM sekolah. Sehinggalah satu saat aku dipertemukan dengan seorang kaunselor praktikal UPM, seorang guru senior bernama Mohd. Yusof (moga dirimu sentiasa sihat hingga kini) yang memberikan diri ini bukan sekadar semangat tetapi kaedah yang betul menetapkan halatuju kehidupan. Aku bukan sahaja diajar cara studi yang betul menggunakan jadual belajar, malahan yang penting kaedah yang betul menetapkan sasaran STPM ku. Masih kuingat, diberikan satu sampul surat kepada ku, lantas kubertanya untuk apa? Katanya..”Mohamad, kau tuliskan impianmu di atas kertas itu result STPM yang kau inginkan, tulislah dengan suara hatimu keputusan yang kauinginkan..”. Ya aku inginkan 5 Prinsipal (sekurang-kurangnya 1A 2B 1C dan 1D) begitulah kataku. Kutuliskan lalu kumasukkan ke dalam sampul itu, lalu kutulis nama dan alamatku pada sampul itu. Katanya lagi..”Mohamad, cikgu akan hantar surat ini kembali kepada kamu, apabila result STPM keluar. Cikgu tak buka surat kamu. Tengok ya, sambil dia melekatkan surat dengan gam. Tiga bulan kemudian, result keluar, dan tak lama kemudian aku menerima surat yang kutulis itu untuk diriku. Tak teringat lagi tentang surat itu..lantas ku buka...alangkah terperanjat hatiku..apa yang kufikirkan, kubayangkan, kutuliskan..benar-benar menjadi kenyataan! Maha Suci Tuhan yang Maha Penyayang! Dan akhirnya aku berjaya melangkah ke menara gading!

Teman-teman sukses yang budiman...

Bukan mudah untuk bangkit daripada kegagalan..dan bukan mudah juga untuk menempa kejayaan..segala-galanya memerlukan pengorbanan, dan kadang-kadang pengorbanan itu bukan sekadar harta, tetapi juga perasaan, emosi, tanggungjawab diri kepada orang yang memerlukan...orang yang kita cintai! Demikianlah kehidupanku..justeru jika kalian melihat diriku boleh melelapkan mata di mana-mana sewaktu program di bumi tarbiyah mahupun di luar...itulah diriku selama ini, sejak aku remaja sepertimana ku sebutkan tadi..rumahku, makan minumku, kerja sekolahku di sebuah tempat bernama warung..di tengah-tengah kesibukan ibu kota..kekadang terjumpa guru-guru yang ingin pulang ke kampung menaiki bas ekspress, singgah sebentar di warungku untuk minum secawan kopi, berbicara seketika dengan diriku, memberi semangat dan etc. ”That’s why”... kekadang diri kalian melihat aku bisa mengajak kalian minum-minum sambil berbicara..seolah-olah macam teman lama berjumpa!

Teman-teman sukses yang diingati...

Sampai di sini, sesi refleksi kita pada bulan Ramadhan yang barakah ini. Mudah-mudahan teman-teman sukses yang sedang berjuang di medan peperiksaan PMR, SPM, STPM dan STAM, termasuk rakan-rakan IPT One Malaysia dan teman-teman di Mesir, Jordan dan Morocco pada tahun ini akan berjaya dengan cemerlang. Aku mendoakan kalian semua sukses dalam usaha mengejar impian hidup yang diberkati oleh Allah swt. Jumpa lagi di puncak kesuksesan...

Catatan Diari Kehidupan Guru Sukses
8 Sept. 2009.

Baca Lagi/ Read More...

SUKSESS HISTORY

Saturday, August 29, 2009

INTRODUKSI

Menulis kembali di blog ini merupakan suatu tugas yang kadang kala sukar, kadang kala menyeronokkan. Sukar..kerana harus memikirkan idea-idea yang boleh mengajak pembaca berfikir. Menyeronokkan..apabila ada komen-komen yang diluar jangkaan tentang kesan ”mendalam” tatkala membaca ayat demi ayat yang disusun oleh penulis. Justeru, persepsi ramai orang tentang kerja ”menulis” tidak penting, sudah ketinggalan zaman! Menulis..ya..tulislah apa-apa sahaja, asalkan bahan yang ditulis bisa mengajak manusia berfikir dan mengambil manfaat daripada maklumat yang mereka baca. Nasihat Guru Sukses kepada semua anak-anak didikku..mulalah belajar menulis di blog sukses, kerana medan ini adalah tempat terbaik untuk kita melatih minda berfikir dan menulis secara ilmiah, bertanggungjawab dan memberi ”impact” kepada khalayak yang lebih luas.. For One Malaysia.. For One Ummah!


SEJARAH KELAB REMAJA SUKSES...

Kutuliskan kembali kronologi ini untuk tatapan kalian, agar kalian bisa mengerti pandangan jauh daripada sebuah organisasi yang kecil di sekolah, namun bisa menerbos ke seluruh alam maya melalui medium ICT. Aku selalu meminta anak-anak didikku berfikir dan berjiwa besar walaupun tidak semua orang mengenali bumi tarbiyah! Maka pada Disember 2008, terhasillah percambahan pemikiran aku, sdr. Asri dan sdri. Fatin menyusun gerak kerja kelab ini agar kelab ini benar-benar mampu berfungsi hingga ke peringkat antarabangsa! Sengaja kupilih pelajar-pelajar yang memiliki pelbagai kepakaran, dari aspek ICT dan aktiviti outdoor, agar program-program yang disusun kelak benar-benar mewakili ”Jiwa Remaja” hari ini yang bersifat kontemporari. Bukan mudah juga ya, hendak memahami jiwa anak-anak remaja, dan menyusun modul yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Namun, aku percaya dengan berbekalkan ilmu agama (mata pelajaran sanawi) yang mereka pelajari, di samping bekalan personaliti yang berkeyakinan, aku percaya ahli jawatankuasa yang dibentuk merupakan satu team baru yang ”unik” kerana tiada barisan BPP berada dalam team ini! Ini merupakan cabaran pertama yang harus mereka tempuh..keluar daripada anjakan paradigma lama, bahawa kepimpinan program-program hanya layak diterajui oleh BPP sahaja, sedangkan mereka juga berbakat! Mereka bersedia menyahut cabaran itu..maka lahirkan pelbagai Program Sukses....Aku amat berbangga dengan kalian, anak-anak didikku!


SUKSES ..Jenama Unggul Dikenali Ramai

Ramai juga yang bertanya..kenapa SUKSES dipilih sebagai jenama kelab ini. Aku juga pun telah lama berfikir, akan keperluan satu jenama kelab yang mudah dikenali oleh semua orang dan mudah di capai di peringkat antarabangsa. Maka kata ”SUKSES” kupilih, kerana dua sebab utama. Pertama, Sukses bermaksud kejayaan. Remaja mudah faham perkataan ”kejayaan” tetapi perkataan itu sudah biasa kedengaran. Justeru, apabila perkataan SUKSES dilaungkan pda setiap program, kedengarannya unik, indah dan membuatkan orang tersenyum sendiri! Yang menarik, sebutannya pendek! Mudah disebut juga. Sebab kedua, SUKSES dipilih kerana sifatnya yang ada nilai antarabangsa. Di peringkat dunia, SUKSES adalah diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu SUCCESS. Justeru, MABBIM (Majlis Bahasa Indonesia, Brunei dan Malaysia) bersetuju menerima perkataan ini dalam korpus bahasa melayu. Justeru, di Indonesia perkataan ini lazim digunakan oleh masyarakat. Oleh itu, SUKSES dipilih agar nama ini mudah dicapai oleh seseorang di Google atau Yahoo Search! Lebih pantas, dan menjimatkan masa!

SUKSES KONTEMPORARI


Menjayakan program-progam Sukses sebenarnya merupakan satu cabaran yang cukup hebat buat team yang baru di Maahad Ahmadi kerana mereka terpaksa bermula dari ”zero”. Tiada sumber rujukan, tiada anduan kukuh untuk dijadikan landsan pengaturcaraan slot-slot program. Oleh hal yang demikian, ”kreativiti” minda semua team amat diperlukan agar sesuatu program dapat dijayakan dengan lebih berkesan. Kreativiti yang dijana oleh pemikiran anak-anak muda kelab ini sememangnya amat kukagumi kerana mereka cepat belajar dan bersedia untuk belajar, walaupun kadangkala slot program hampir sama, namun masih boleh dipelbagaikan metodologinya! Hebat, bukan? Sukses yea! Demikianlah kehebatan minda yang diberi oleh Allah swt kepada hambanya yang mahu berfikir, mengadakan program dan membantu orang lain mendapat manfaat daripada program baik di peringkat warga bumi tarbiyah, mahu pun pelajar-pelajar SMK jiran tetangga berdekatan. Apakah kreativiti yang mereka janakan, sudilah kalian terus membaca setiap perkongsian pengalaman yang ditulis oleh teman-teman Sukses anda.....

kEtika SukSeS kami...

Baca Lagi/ Read More...

SALAM RAMADHAN

Saturday, August 22, 2009




Indahnya detik kedatangan Ramadhan...
Selamat menjalankan ibadah puasa & tingkatkan amal di bulan yang penuh mulia ini..Justeru itu..Kami dari Kelab Remaja Suksess memohon seribu kemaafan jika ada silap & salah terutama dari segi pentadbiran...Salam Suksess!!!~Ramadhan Karim
Baca Lagi/ Read More...

KENANGAN SILAM MEMORI INDAH..BUMI TARBIYAH

Wednesday, August 19, 2009

Menulis bukanlah suatu tugas yang kugemari, kerana aku jarang-jarang mahu memikirkan perkara yang berat-berat dalam hidupku sepanjang berada di bumi tarbiyah empat musim yang lalu. Namun kini, entah mengapa tiba-tiba pula kurasakan aku mampu menulis untuk mengimbau kenangan silam, saat-saat indah bersama-sama adik-adik, teman-teman STAM dan guru-guru MANS yang sukses.


Apa khabar teman-teman STAM 2008, ku kira kalian semua tentu gembira yea…manakan tidaknya, yang berada di Pusat Dakwah bersedia untuk terbang di awan biru pada bulan Ogos nanti, sementara aku dan segelintir teman-teman sudah bersedia mengikuti Minggu Orientasi Haluan Siswa atau Minggu Silaturahim di USIM, UDM etc pada minggu ini. Namun aku percaya, kita semua memikul tanggungjawab yang sama, sebagai serikandi ummah peneraju kepimpinan masyarakat pada masa hadapan. Justeru, terasa gah juga seketika mendapat gelaran mahasiswa/i , namun aku percaya gelaran sahaja tidak memadai, aku juga harus mampu menjadi jurubicara ummah!

Teman-teman STAM dan adik-adiku yang dikasihi,


Perjalanan aku, baru sahaja bermula, untuk megenal apa itu dunia mahasiswa. Adakah perjalanan hidupku di alam kampus seindah mentari pagi, atau sesuram langit petang. Kalau aku bisa mengharungi seribu mehnah di bumi tarbiyah, mampukah diri ini mendepani arus globalisasi yang kian menggila dan mendominasi alam kampus dewasa ini? Mampukah aku…..?



Detik Indah Kenangan Silam…Bumi Tarbiyah. Sengaja kupilih tajuk ini untuk kutulis buat tatapan adik-adik, teman-teman mantan STAM dan tidak dilupai untuk Guru Sukses yang sangat kuhormati. Bersama-sama kalian semua pada musim 2008, sememangnya memberikan seribu satu kenangan indah yang sukar untuk kulupakan dalam hidupku. Tatkala ku merenung, slide show Kenangan Indah Bumi Tarbiyah, air mata ku bisa deras mengalir tanpa dapat kutahan-tahan! Emosi apa yang sebenarnya menguasai diriku? Mengapa aku menjadi seorang insan yang benar-benar berasa bertuah dikelilingi oleh insan-insan yang hebat yang menerajui KEMBAQ, Kem Smart Solat Bestari, Ibadah Camp TSI dan Program Kecemerlangan Pelajar JHEAINS.


Kadangkala, terlintas banyak persoalan dalam fikiranku…mengapa dan bagaimana aku bisa berada bersama-sama kalian menjayakan pelbagai program yang hebat-hebat pada musim 2008 yang lalu. Bagaimana kita semua bisa mencipta sejarah kejayaan diri kita sendiri tanpa berasa penat, lelah dan bosan! Kekuatan apa yang kita miliki sehingga guru-guru memberikan kepercayaan kepada diri kita semua menjayakan program yang bukan calang-calang di peringkat sekolah mahupun negeri.


Teman-teman, adik-adikku dan Guru Sukses...

Kini aku mula sedar…kini aku mula faham..kekuatan tidak lagi bergantung kepada fizikal semata-mata. Kekuatan tidak lagi bergantung kepada kehebatan IQ semata-mata. Kekuatan akan menjadi milik kita..apabila kita mampu menggabungkan semua kekuatan IQ, EQ dan SQ individu-individu dalam kumpulan demi menjayakan pelbagai program. Kini aku sedar mengapa guru sukses dan ayahanda yang penyayang tidak pernah jemu-jemu menjayakan apa-apa sahaja program pembangunan pelajar baik di bumi tarbiyah mahupun di sekolah-sekolah jiran tetangga MANS. Memang aku dan teman-teman benar-benar kagum melihat bagaimana kedua-dua insan ini mampu berkerja tanpa mengenal erti penat, tanpa mengenal erti kepayahan, dan sebaliknya bisa tersenyum biarpun diri penat, biar pun banyak mehnah dan tribulasi yang mereka hadapi untuk melakukan anjakan paradigma pelajar-pelajar dan guru-guru di bumi tarbiyah! Sekalung Tahniah.buatmu..guruku.


Teman-teman mantan STAM,


Kini kita bergelar mahasiswa, bukan? Seronok bukan diri diangkat menjadi jurbicara ummah! Namun adakah bekalan yang kita miliki selama ini sudah mencukupi untuk mengharungi satu lagi tahap kehidupan untuk bergelar siswazah? Mampukah kita semua menerajui program-program perdana di peringkat universiti seperti mana kita sama-sama telah lakukan di bumi tarbiyah? Sudikah kalian semua berkongsi suka, duka, idea dan pengalaman setelah kita semua berpisah merentasi pelbagai sempadan dan benua? Mampukah kita…

Buat Guru Sukses…






Terima kasih kuucapkan kerana telah banyak memberi perhatian kepada diri ini. Sememangnya aku tidak layak untuk menerima perhatian dan dorongan daripada mu, kerna masih banyak kelemahan diri ini yang perlu kuperbaiki. Kusedar siapa diriku, namun aku tetap menghargai setiap detik indah bersama-sama mu dan teman-teman menjayakan pelbagai program yang banyak memberi kekuataan kepada diri ini. Masih ku ingat, betapa kau sanggup turun ke DS semata-mata untuk memastikan persiapan makan minum peserta program kecemerlangan terlaksana dengan jayanya. Keperihatinan mu walaupun sedetik cuma, sudah cukup untuk diriku bersemangat menyelesaikan amanah yang diberikan tatkala itu . Sesungguhnya detik itu membuatkan diriku tertanya-tanya, mampukah aku berjumpa insan semulia dirimu pada masa akan datang. Terima kasih juga kerana banyak memberikan “hadiah” untuk diri ini. Tiada hadiah yang lebih indah melainkan kata-kata semangatmu…” Sebagai seorang ketua pasukan yang berinspirasi, kamu mampu menjadi contoh teladan kepada adik-adik kamu apabila berada di gelanggang. Kesungguhan diri mu akan menyuntik inspirasi yang maha hebat kepada seluruh pasukan untuk berjuang mencapai kemenangan” . Kini baru kusedar bahawa detik kemenangan bukanlah satu-satunya perkara yang ingin dikenang, tetapi kegigihan, inspirasi, kerjasama sepasukan itulah resipi kehidupan yang perlu kita bawa sebenarnya dalam gelanggang kehidupan! Kau memang benar-benar membuatkan aku terkedu, tatkala aku kembali meneliti bait-bait itu lewat karyamu yang kau utuskan padaku suatu masa dahulu. Sekalung kasih buatmu guru…memberikan daku wadah ilmu!
Buat adik-adik kesayangan di bumi tarbiyah…

Kudoakan agar kalian semua sukses melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan kepada diri kalian. Aku amat berbangga melihat kejayaan demi kejayaan “sejarah baru” yang kalian ciptakan di bumi tarbiyah. Membaca coretan kalian di blog sukses ini benar-benar memberikan daku sumber inspirasi yang tidak kunjung padam, aura sukses seolah-olah sentiasa mengalir ke seluruh tubuh dan jiwaku tatkala membaca ayat-ayat cinta yang kalian tuliskan. Terima kasih kepada semua adik-adik yang mengenali diriku ini. Kebaikan kalian sentiasa terpahat di “hearty” dan akan kutuliskan puisi indah untuk kalian pada suatu hari nanti.

Sekian. Salam ukhuwah, salam rindu di medan perjuangan…

Catatan Puteri Impian, Mantan STAM 2008…

Baca Lagi/ Read More...

SERIKANDI SUKSESS

Wednesday, July 22, 2009

Hablu minallah,hablu minannas..Kata-kata hikmat ini sentiasa diulang-ulang dan dipegang erat oleh Kak Madihah.

Masih segar lagi ingatanku dengan kedatangan Kak Nik Nur Madihah. Betapa beruntungnya diri ini. Perasaan gembira berbaur kesyukuran menyelinap ke seluruh tubuhku..Ya Allah..adakah benar di hadapanku ini Kak Madihah? Pelajar cemerlang SPM? Kesedihan yang ku alami semakin pudar dalam ingatan tatkala diriku semakin menghampiri dan berjumpa dengan insan sukses ini.

Bersama-sama sahabat dan fasilitator KISS, kami telah ditugaskan untuk menyambut kedatangannya. Satu lagi penghormatan buat kami apabila disuruh menyambut kak Madihah! Apa lagi..aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan lebih dekat dengan dirinya. Berbagai-bagai soalan yang ku ajukan. Sahabat yang lain juga tidak mensia-siakan peluang yang ada. Apatah lagi Ustazah Khairah ada bersama-sama. Seketika,terburai gelak kami..mendengar ustazah ”kecek kelate” . Indah betul rasanya saat itu.

Bukan sahaja orangnya berilmu, malah dia juga seorang pelajar yang kuat pegangan agamanya.Lihat sahaja cara kak Madihah berpakaian, bertutur dan melontarkan pandangan sudah cukup membuatkan diriku teruja. Dia memang seorang insan yang hebat! Keseimbangan IQ, EQ dan SQnya terserlah setiap kali beliau berbicara dengan kami..Walaupun dengan gaya yang bersahaja,namun perwatakannya sudah jelas menggambarkan Kak Madihah mampu untuk menjadi role model pada kami semua.Ya,role model kepada serikandi sukses!

Pelbagai soalan yang kami ajukan kepada beliau.Banyak sungguh!Seronok berkongsi ilmu bukan. Sehinggalah ada soalan yang mengajukan.. “Apa petua Kak Madihah ye?” Dengan tenangnya,dia menjawab.. “Adik-adik..akak tak de petua.”Tetapi..Faktor menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia membolehkan beliau menjadi insan yang berjaya seperti sekarang.

Kata Zaleha…“Sesungguhnya orang yang berjiwa besar sentiasa memikirkan visi dan matlamat serta berbicara tentang idea dan wawasan.” Sikap inilah yang kulihat hadir dalam diri Kak Madihah. Seorang yang berjaya dan tidak sombong untuk berkongsi rahsia kejayaan dengan kami walaupun pertama kali berjumpa, namun layanannya seperti teman lama yang telah berpisah, bertaut kembali rasa ukhuwah! Sesungguhnya nikmat pertemuan itu begitu besar dan begitu banyak,cuma kitalah yang kadangkala tidak nampak dan tidak tahu untuk bersyukur dengan segalanya.

serikandi suksess bersama kejayaan!



Aku bertambah yakin menghadapi realiti kehidupan semenjak kedatangannya ke bumi tarbiyah.Aku pasti..suatu hari nanti, aku juga akan menjadi seorang yang berjaya sepertinya.. “Tiada apa yang mustahil jika kita benar-benar menginginkannya”Aku juga sering menginginkan dan berdoa agar kejayaan tidak hanya datang pada diriku malah pada sahabat-sahabatku juga..

Buat sahabatku yang dikasihi sekalian…

Zaleha,Athirah,Ahlina,Jannah,Syira,Syue,AfiQah,

Farah,Husna,Ain's..


perit,jerih,suka,manis segalanya kita kongsi bersama!


sokongan & dorongan kalian amat ku harapkan..

manisnye ukhwah yang bertaut..

Terima kasih di atas segalanya..Segala dorongan, semangat dan teguran kalian memberikan aku satu semangat yang baru.Terima kasih juga kerana sudi bersama-sama aku dalam perjuangan ini walaupun aku mengerti aku adalah seorang insan yang selalu melakukan kesilapan.Tatkala aku jatuh, kalian masih sudi bersama-sama ku menongkah arus perjuangan. Aku juga mengharapkan tatkala aku mampu berdiri dengan gahnya bersama-sama kejayaan, aku inginkan kalian juga bersama-samaku meraih kejayaan!Sahabat…. “This is not the ending of the story, but this is a beginning of the history..”Ayuh kalian, kita bangkit bersama-sama.. Ayuh kita cipta memori terindah sejarah kejayaan yang tidak akan kita lupakan…

teguran kalian merupakan satu dorongan padaku!


KISS….Satu memori yang tidak dapat ku lupa daripada ingatan..Segala kenangan manis,pahit,suka dan duka membolehkan aku menjadi seorang manusia yang lebih kreatif!Ya,kreatif dalam mengharungi dugaan kehidupan..Memori indah,detik manis sentiasa ada dalam kehidupan.Sejarah itu memang benar tercipta!

Catatan Indah_Fatin Syahira
Pengarah Program
Kem Inspirasi Serikandi Suksess ‘09

Baca Lagi/ Read More...

INDAHNYA PERSAHABATAN...

Tepat jam 7.20 malam, suara azan Maghrib berkumandang dan gemanya memenuhi setiap ceruk Bumi Tarbiyah ini, dan saat itu jugalah,kepalaku yang seakan-akan hendak ”meletup” ini kembali reda. Tenang hatiku mendengar laungan azan sebentar tadi. Entah mengapa, saat ini aku tidak henti-henti mengalirkan air mata. Jauh di dasar hati , aku seakan merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi pada malam ini tetapi, aku buang perasan itu sejauh yang mungkin..”ah.. takde papelah.. malam ni ok punyalah” getusku sendirian. Usai solat maghrib, majlis bacaan yasin diadakan dan diteruskan dengan solat Isyak berjemaah. Pada malam itu, Kem Inspirasi Serikandi Suksess diteruskan lagi. Slot pada malam itu merupakan slot muhasabah. Slot tersebut dikendalikan oleh Penolong Pengarah Program, Nurzaleha bt. Ab Talib dan dibantu oleh Siti Nur Syuhaida. Pada awalnya aku seakan-akan merasakan bahawa matlamat yang ingin kami sampaikan seakan-akan tidak mencapai matlamat kami inginkan sebenarnya. Tetapi aku tetap meneruskan tugasan yang telah diamanahkan kepadaku dengan sebaik mungkin. Aku lihat keadaan di maktabah begitu huru-hara. Perdebatan yang yang hangat sedang berlaku antara fasilitator dan peserta-peserta yang sanggup berkorban demi sahabat-sahabatnya. Aku hanya sekadar melihat adegan yang berlaku. Begitu lantang peserta tersebut mengeluarkan hujah mereka sehingga aku lihat kakak fasilitator tadi terdiam seketika mendengar dalil-dalil dan alasan mereka. Setelah selesai perdebatan itu di PSS, semua peserta diminta berada semula di Dewan Ibnu Sina . Zaleha meluahkan perasaan sedihnya terhadap rakan-rakan kami yang menjadi peserta. Seakan-akan mereka menyalahkan kami seratus peratus atas perkara yang terjadi pada malam itu. Maka, saat itulah berlaku satu babak yang tidak termasuk dalam tentatif program KISS. Babak yang mengkagetkan diriku, kerana semua rakanku mengejar Zaleha dan memeluknya beramai-ramai. Entah kenapa, aku terasa sebak saat itu, lalu aku pun dengan lantangnya menjerit di atas pentas..”ala, kau orang sayang kat Leha je kan, aku.. kau tak sayang pun..” dan tidak semena-mena rakan-rakanku terus menerjah ke arahku dan para fasilitator yang lain. Kami berpelukan dan saat itu, Ya Allah, hanya Allah yang tahu. Betapa sebak dan sedihnya saat itu. Kami menangis dan saat itu aku terkenangkan betapa indah ukhwah yang tersemai antara kami. Aku terkenangkan bagaimanalah agaknya keadaan kami yang akan terpisah selepas SPM nanti?
saat ini kita cipta memori sebanyak mungkin..
Masing-masing mempunyai matlamat yang harus dicapai tetapi tidakkah kalian merasakan bahawa ukhwah yang tersemai antara kita ini merupakan suatu anugerah Tuhan yang begitu indah di Bumi Tarbiyah ini, wahai sahabatku?? Entahlah, tidak sanggup rasanya diri ini melepaskan kawan-kawan, sahabat-sahabat, yang kuanggap seperti saudaraku sendiri pergi.
persahabatan ini sungguh indah bukan?
Tetapi, apakan dayaku, meskipun kau tiada di mata jadikanlah setiap perkara yang kita lakukan di Bumi Tarbiyah ini menjadi satu kenangan terindah dalam hidup kita. Malam itu, berakhir dengan nyanyian lagu tema iaitu ’Kau sahabat, kawan dan teman’. Setibanya aku di dorm, aku terus berbaring di atas tilam empukku dan masih lagi terbayang peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Tanpa ku sedari, air mataku mengalir membasahi pipi. Terkenang saat indah bersama-sama teman-teman. Ya Allah janganlah kau tarik keindahan ukhwah ini.
kenangan suksess bersama sahabat..
Ya Allah, sesungguhnya inilah memori yang tidak akan aku perolehi di mana-mana dan aku berharap agar ukhwah ini terus tersemai kukuh dalam diri kami walaupun kita bakal terpisah beribu batu jauhnya, membelah samudera yang luas dan merentasi benua yang tiada sempadan . Amin...

Catatan_ELLiz
Baca Lagi/ Read More...

MAMPUKAH KU ULANG KEMBALI DETIK INDAH ITU?

Alunan lagu Sonata Musim Salju kian kedengaran, namun aku masih bingung akan apa yang perlu ku tulis di atas kertas ini. Ujian refleksi?? Ah.... berat sungguh bagiku. Entah mengapa, masuk kali ini sudah tiga kali cikgu meminta kami berbuat demikian namun, aku gagal memberikan yang terbaik.walau apapun, aku teringat kata-kata kak Madihah........ ”kita tidak boleh berputus asa.” jangan sesekali berputus asa. Mata pen aku menari-nari di atas kertas. Namun, kelihatan dua baris ayat yang telah kucoretkan. Kulihat sahabat lain kusyuk menulis seperti ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Oh ya.. aku teringat akan novel yang ditayangkan sebentar tadi, Konserto Terakhir, novel wajib bagi Tingkatan 5. ketika cikgu Mohamad memberitahu bahawa ’movie’ novel tersebut mengambil masa satu jam setengah , hatiku mula gundah. Mengapa begitu lama?? Aku gelisah, adakah mataku boleh bertahan hingga jam 10.20 malam. Erm.. tiupan angin kipas yang begitu memedihkn mata membuatkan aku seperti ayam berak kapur. Pinggangku mulai sengal-sengal. Ku lihat kawan-kawanku enak melayani perasaan masing-masing, sesekali terburai juga gelak mereka.
teruskan perjuangan kalian..segalanya pasti menjadi memori

Masa terus berjalan, mataku acap kali melihat jam digital yang terpapar di sudut paparan. Sudah separuh jalan novel ini berlalu. Plot-plot yang penting dilakonkan dengan baik sekali. Uniknya paparan ini kerana lakonannya diiringi dengan lagu-lagu yang mampu menggalaukan hati. Manakan tidak, sesekali kedengaran bisikan piano berlagu hiba, Mohabbatien!! Cerita cinta yang penuh duka!! Sama seperti Hilmi dalam novel ini. Namun apa yang menjadi persoalanku bagaimanakah persiapan atau gerak kerja pementasan ini dilakukan pada 6.5.2001. ya, tahun 2001 tiada lagi pendrive mahupun laptop. Kalau adapun golongan tertentu sahaja yang ,memilikinya. Maksudku tiada lagi kemudahan atau ”gadjet” seperti yang kami miliki pada hari ini. Hal ini menjadikan tanda tanya kepadaku. Kadangkala aku terfikir, selama ini cikgu memberikan tugas kepada kami tetapi kami tidak penah terfikir untuk membuat persiapan dan persembahan yang begitu rapi walaupun keadaan kami begitu selesa ketika ini. Kadangkala tidak ada langsung persiapan yang kami buat. Sekadar melepaskan batuk di tangga. Baru kini ku tahu, mengapa cikgu kelihatan marah ketika kami memberikan ”output” yang bersahaja. Maafkan kami cikgu!!!
generasi yang akan meneruskan perjuanganmu..
Indah bukan kenangan ini buatmu cikgu...
Baru kini aku mengerti dan mengetahui susah senang cikgu. Lebih memeranjatkan lagi seramai 73 orang calon BM mendapat A pada SPM 2001 dan, angka itu begitu besar jika dibandingkan dengan calon tahun ini. Ketika aku melihat angka tersebut aku terfikir adakah aku mampu mengulang kembali sejarah tersebut. Mengulang kembali detik manis yang boleh kuhadiahkan kepada guru sukses cikgu Mohamad??? Jawapannya hanya pada aku. Biarlah hal itu menjadi rahsia buat diriku.

Kita bersama memijak onak duri di bumi tarbiyah...Buktikan kita semua adalah suksess...!!


Catatan_AfiQah
Sesi Refleksi Konserto Terakhir

PSS Maahad Ahmadi, 19 Julai 2009.

Baca Lagi/ Read More...

SATU PERTEMUAN,SEBUAH PERJUANGAN

“Cerita darah
Cerita darjat
Birunya darah
Pongahnya darjat
Cerita lagu dan irama
Lagu jasad tegar
Irama nurani sunyi
Cerita cinta
Cerita luka
Cerita konserto terakhir
Sebuah intermeso terakhir di pentas hidup..”

Alunan gemersing suara latar kedengaran di cuping telingaku. Jam di tanganku tepat menunjukkan 9.00 malam. Wah, sepatutnya di saat ini aku dalam ’nyawa-nyawa ikan” tetapi aku ada kelas bahasa melayu bersama-sama guru sukses, cikgu Mohamad. Tepat pukul 9.00 malam, cikgu telah menayangkan sebuah video yang tajuknya cukup indah bunyinya iaitu ”Konserto Terakhir”. Lampu di syiling PSS dipadamkan. Kelihatan warna biru skrin di hadapanku dan kedengaran audio irama ”Mohabbatein” video sedang beralun. Rakan-rakanku serius memberikan 100% perhatian untuk menikmati video hasil ”buah tangan” guru sukses tahun 2001 tersebut. Ada yang kusyuk berbicara sesama sendiri, ada yang sedang membuka makanan dan ada juga yang sedang asyik memberikan perhatian. Video dimulakan dengan iringan lagu suara latar.
usah tangisi perpisahan kita suatu hari nanti...
Hatiku berdebar-debar. Tidak sabar rasanya ingin mengetahui apa yang tersirat di dalam drama pentas ini. Persembahan abang-abang Maahad dan Tahfiz cukup mencuit hatiku. Ada babak sedih, ada juga babak yang mencuit hati, ada juga babak yang mencemaskan hatiku. Namun persembahan daripada pelajar-pelajar SPM 2001 cukup membuat diriku begitu kagum dengan kesungguhan mereka. Melihat peralatan, perhiasan, pelakon dan juga persiapan berlakon, ternyata penampilan mereka cukup hebat. Wah, mengalahkan pelakon sebenar, getus hatiku. Aku begitu tertarik dengan kemampuan pelajar SPM 2001 yang telah berjaya dalam usaha mementaskan novel ini . Kuharapkan semangat ini akan terus lahir daripada generasi yang lalu, hari ini dan sehingga generasi akan datang. Wahai sahabat-sahabatku sekalian, ayuhlah bangun untuk memartabatkan balik nama Maahad Ahmadi ini yang mana telah lama ditelan arus globalisasi. Marilah kita mengambil semangat yang ada dan kita teruskan jihad kita dalam medan ilmu dan lapangan dakwah melalui kemajuan media hari ini.
Melihat video yang dirakamkan oleh guru sukses membuat diriku kian menghormati beliau. Hebat, suksess, mantap, tahniah. Ingin aku laungkan buatmu guru.

perjuanganmu,perjuangan kami juga...

Tiada guru yang mampu melahirkan seorang peguam, pensyarah dan doktor. Dengan gurulah, terlahirnya pahlawan dan serikandi suksess.!! Ya Allah, kau berikanlah kesenangan dan kau murahkanlah rezekinya serta panjangkanlah umurnya. Semoga apa-apa yang dilaluinya sentiasa di dalam redha-Mu. Begitu mantap sekali persembahan yang dilakukan oleh para pelajar SPM 2001. Dengan kehebatan usaha mereka, akhirnya daripada 132 calon pada tahun itu, seramai 73 orang mendapat A subjek Bahasa Melayu. Masya-Allah, alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana memberikan anugerah yang amat indah. Semoga SPM 2009 tahun ini akan dapat meningkatkan prestasi sekolah dari tahun ke tahun.
Pementasan novel Konserto Terakhir begitu banyak memberi pengajaran dan nilai murni buat diriku. Karya tersohor Abdullah Hussain ini juga menyedarkan aku bahawa ”setiap kejayaan memerlukan pengorbanan”, biar pun terpaksa menerima cacian atau makian daripada orang sekeliling. Begitulah juga nasib yang dihadapi oleh aku dan sahabat yang lain. Wahai sahabatku, biar pun terdapat seribu satu dugaan yang kita hadapi, kumohon agar kalian semua redha dan tabah menghadapinya.

sesungguhnya,pertemuan ini sungguh bermakna...

Semoga dengan ketabahan ini, akan memberikan kejayaan pada kita kelak. Duhai sahabat sekalian, dalam melangkah perjalanan yang berliku terdapat pelbagai banyak dugaan yang akan kita hadapi, namun berbekalkan lautan kesabaran kita harus bersedia menghadapinya. InsyaAllah sahabatku, kejayaan pasti di dalam genggaman kita semua. Amin..Semoga ukhuwah yang terjalin ini senantiasa di bawah naungan Ilahi. Ya Allah ya Tuhanku, kau semaikanlah benih kemanisan ukhuwah mahabbah berserta keimanan. Amin..
Semoga video yang kita tontoni sebentar tadi berupaya memberikan seribu satu erti kepada kita semua supaya kita lebih tabah, lebih yakin untuk mengorak langkah kehadapan mencipta sejarah masa hadapan yang akan dikenang oleh adik-adik kita di bumi tarbiyah. Ambilah pengajaran daripada apa-apa yang telah dilakukan oleh Hilmi. Usahlah kalian menoleh ke belakang, sebaliknya hadapilah kehidupan ini dengan penuh yakin dan optimis. Sahabat.. kita sudah sampai di tangga yang hampir di atas, jadi usahlah kita tersungkur lagi. Marilah kita sambut tangan masing-masing melangkah bersama-sama kemanisan kejayaan yang diredhai oleh Allah.
Kisah Hilmi patutlah kita sematkan di dalam hati dan semoga menjadi satu kenangan indah dalam hidup ini. Jika ada antara kita yang terjatuh, maka bangunlah dan ambillah satu daripada 999,999 kenangan itu tadi supaya hal itu bisa membangkitkan memori indah kenangan kita bersama. Kepada Shahirah, Jannah dan Fatin maafkan diri ini andai ada kesalahan dalam persahabatan yang terbina. Semoga keyakinan dirimu semua seteguh pegangan hidup Hilmi Dato’ Johari, lewat karya Konserto terakhir. Sukses!!!

persahabatan kita akan berkekalan..percayalah!


Catatan _ Ahlina
Sesi Refleksi Konserto Terakhir
19 Julai 2009, PSS Bumi Tarbiyah.

Baca Lagi/ Read More...