Program Remaja Suksess Siri 2

Monday, April 6, 2009

Pada 5 April 2009,Kelab Remaja Suksess Maahad Ahmadi telah mengadakan Program Remaja Suksess Siri Ke 2 yang bertempat di SMRA Repah. Seramai 20 orang fasilitator dari Maahad Ahmadi telah menjayakan program tersebut yang mana Saudara Asri telah mengetuai fasilitator sukses. Program kali ini mendapat sambutan yang baik kerana seramai 187 orang peserta dari beberapa buah sekolah telah menjayakan program ini.

Dimulakan dengan pengenalan budaya program oleh Saudara Asri dan nyanyian lagu tema iaitu Demi Matahari dan Kasih Sayang.

Taklimat Budaya Program oleh Ketua Fasilitator

Slot yang pertama disampaikan oleh Ustaz Uzairi dari SMATT bertajuk Kecemerlangan ESQ Menjana Kecemerlangan Akademik. Nampaknya adik-adik peserta betul-betul meminati slot ini yang berkaitan dengan tahap IQ, EQ, dan SQ seseorang. Selepas minum pagi, peserta masuk semula ke dalam dewan bagi mengikuti Slot 2 yang dibawa oleh Cikgu Mohamad Aspari. ”Dengan slot Kreativiti Belajar beliau,banyak ilmu,kelebihan dan petua-petua yang dapat digunakan oleh kami di dalam sesi pembelajaran..”Kata salah seorang peserta program setelah tamat slot yang kedua.

Tepat jam 12.50 tengahari, peserta dibenarkan keluar dan dewan untuk menikmati santapan tengahari yang disediakan dan sekaligus menunaikan kewajipan terhadap ALLAH s.w.t. Seterusnya, peserta diarahkan untuk masuk semula ke dalam dewan tepat jam 2.10petang bagi meneruskan Slot LDK yang mana juga adalah slot terakhir bagi program tersebut.Peserta di berikan masa selama satu jam bersama-sama fesi bagi membentangkan penggunaan kaedah-kaedah pembelajaran yang telah dipelajari semasa program tersebut.Alhamdulilah,peserta memberikan komitmen dan tindak balas yang baik sepanjang Slot LDK bersama fasi.


Slot LDK bersama fasilitator sukses..

Adat pertemuan pasti akan berpisah..Program disudahi dengan nyanyian lagu tema iaitu Demi Matahari dan Kasih Sayang pada jam 4.25 petang..Tergambar kesedihan di riak muka adik-adik dek perpisahan yang berlaku…Nantikan kedatangan Program Remaja Suksess Siri ke 3…!!!Suksess Sokmo..Kenangan ini tidak akan kami lupakan..

Wajah peserta Program Remaja Sukses Siri 2

0 comments: