HARI PERTAMA DI SAUJANA ASAHAN

Tuesday, April 21, 2009


Modul terbaru suksess..

Muqadimah

Pada 10-12 April 2009, Kelab Remaja Sukses dengan jayanya telah menganjurkan Program Latihan Fasilitator Sukses dengan gabungan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya di Saujana Asahan, Melaka. Program yang julung-julung kali diadakan ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator pelajar di bawah bimbingan Cikgu Mohamad bin Aspari..Kami seramai 97 orang bertolak dari Maahad Ahmadi pada jam 3.15 petang dengan menaiki dua buah bas. Walaupun menghadapi kesempitan ruang tempat duduk ,namun dek semangat adik-adik yang berkobar-kobar mengikuti program ini,segala kekurangan tersebut diabaikan, sebaliknya kelemahan itu dijadikan sebagai cabaran buat mereka.
cepat-cepat..nk gi saujana nih...

kegembiraan jelas terpancar...

Saujana mata memandang...

Setibanya di Saujana Asahan,masing-masing terpaku melihat fenomena alam yang tersergam indah di kaki Gunung Ledang. Adik-adik peserta yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke Saujana , terkasima melihat anugerah ciptaan Tuhan.
saujana asahan..mengulit mimpi nan indah

Betapa indahnya saujana asahan..Terlerai segala masalah..

"Subhanallah,betapa indahnya ciptaanMu,Ya Rabb!”desis seorang adik peserta program. Petang itu, aktiviti pemasangan khemah terpaksa ditangguhkan pada jam 6.30 petang kerana hujan turun dengan lebatnya. Memandangkan hujan yang tidak berhenti, kami terpaksa berbasah kerana jam sudah menunjukkan angka 7. Walaupun pelbagai ujian dan rintangan yang mendatang , kami diingatkan oleh ”Guru Sukses” kami agar tabah kerana sebagai seorang fasi yang sukses kami haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal menghadapi kepayahan dan kesulitan menjayakan program. .

IQ, EQ DAN SQ
Ustaz Amiza bersemangat..

Akhirnya, khemah berjaya juga dipasang ketika jam menunjukkan angka 7.45 malam. Slot Diskusi Ilmiah pada malam itu dimulakan dengan slot ceramah oleh Ustaz Amiza Khusyri Yusof yang menyampaikan kuliah bertajuk ” Keunggulan IQ,EQ dan SQ.
Walaupun keletihan dek kerana memasang khemah yang tidak terpasang-pasang petang itu, peserta program masih lagi memberikan respon yang terbaik dan bersemangat pada malam tersebut. Peserta diminta mengalunkan lagu tema program iaitu ”Demi Matahari”. Aku benar-benar teruja mendengar isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh Ust. Amiza, manakan tidaknya ,para peserta telah didedahkan bahawa kejayaan seseorang dalam kehidupan sebenarnya bukan sahaja bergantung 100% pada kebolehan IQ tetapi turut juga dipengaruhi oleh kebolehan EQ & SQ yang dimiliki oleh seseorang . Majlis penghargaan sukses..

AYAT-AYAT CINTA
Allahuakbar..!!

Slot Diskusi Ilmiah pada malam ini ditutupi dengan santapan AYAT-AYAT CINTA oleh Guru Sukses kami. Entah mengapa aku benar-benar terpaku mendengar Suara hati yang disampaikan oleh guruku ini. Soalnya, ” Mengapa kita semua berkumpul pada malam yang tenang ini di kaki Gunung Ledang? Untuk apa kita bertemu? Untuk apa kita ”melarikan diri” seketika daripada bebanan pembelajaran di sekolah? Adakah di sini (Saujana) kita tidak belajar? Kalau kita belajar, apakah yang sebenarnya kita pelajari selama 3 hari 2 malam di sini? ” Aku cuba meneka akan jawapan bagi setiap persoalan yang dilontarkan oleh guruku ini, namun kadang-kadang jawapannya seringkali tidak mampu terfikir oleh mindaku yang cetek ini!
Ayat-ayat cinta sedang berkumandang..

Akhirnya guruku ini menegaskan bahawa ” Setiap manusia inginkan sesuatu dalam hidup mereka. Mereka ingin diri mereka dihargai, mereka ingin berjaya dalam segala apa-apa bidang yang diceburi, mereka juga ingin menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang. Namun, semua impian itu mestilah hadir daripada Suara Hati yang tulus, yang bersedia belajar dan mengambil pengajaran daripada apa-apa sahaja program yang telah direncanakan sama ada oleh pihak sekolah mahupun aktivti-aktivti kelab, persatuan dan badan uniform. Hal ini penting kerana setiap pertemuan yang tulus yang mengharapkan akan keredaanNya, lazimnya juga akan mendapat sesuatu pengajaran yang sangat berharga dan tidak ternilai pada diri seseorang. Demikianlah Ayat-Ayat Cinta yang dikurniakan oleh Tuhan pada hambaNya yang sentiasa mencari ilmu pengetahuan kerana mengharapkan keredaanNya”. Aku benar-benar terkedu mendengar muhasabah guruku ini. Mengapa aku tidak sedar bahawa selama ini, aku hanya menzalimi diriku sendiri lantaran belajar sambil lewa di dalam kelas sedangkan Tuhan telah mengurniakan aku guru-guru yang hebat dan sukses. Ohh..Tuhan, maafkan daku kerana mensia-siakan anugerah CINTAMU kepada hambaMu lantaran kealpaanku selama ini. Kepada kalian yang tidak berkesempatan bersama-sama aku di program ini, kumohon kalian sedar..hargailah guru-gurumu selagi mereka bersedia bertemu dengan kalian. Entah esok atau lusa jika mereka sudah tiada, apakah tangisan dan kesedihan kalian bisa membantu kalian?

Inspirasi Alam

Peserta sukses mendengar celoteh ketua fasi..


Usai menikmati minum malam, tepat jam 11.15 malam , para peserta diarahkan untuk berkumpul di Dataran Sukses untuk mengikuti slot Muhasabah Inspirasi Alam. Slot ini dimulakan dengan permainan mencari gula-gula dalam keadaan mata peserta tertutup. Objektif slot ini diadakan adalah untuk melihat sikap para peserta apabila rakan mereka ditimpa sesuatu musibah. Jelas tergambar sikap mereka , ada yang mentertawakan rakan mereka apabila rakan tersebut tergolek-golek mencari gula-gula tersebut, ada juga yang memberi bantuan dengan memberikan arah di mana gula-gula tersebut berada dan pelbagai ragam lagi aksi mereka. Setelah puas bergelak ketawa, saudari Ain Ramlan mengambil peranan menjalankan tugasnya dengan memberi sentuhan di hati para peserta dan mengingatkan mereka bahawa kita sudah berada di akhir zaman dan tidak seharusnya leka dibuai arus modenisasi dewasa ini. Segelintir adik peserta terdiam, terpaku dan tidak kurang tersentuh hati. . Ada yang menangis menyedari bahawa diri mereka hanyalah seorang hamba yang hina. Hamba yang wajib taat kepada suruhan Tuhannya. Hamba yang sepatutnya berasa kesal dan sedih atas kelalaian dan kelekaan yang telah dilakukan. Saudara Asri pula mengambil alih slot seterusnya. Hati dan perasaan para peserta tersentuh lagi seoalah-olah diremuk-remuk dek mendengar Suara Hati ketua fasilitator ini.

0 comments: