Indahnya pertemuan kerana Allah

Monday, April 20, 2009



Betapa Indahnya Pertemuan
Latihan Fasilitator Sukses 2009

Sekalung tahniah untuk fasilitator sukses
Seribu harapan buat guru sukses…Mohamad Aspari

Guruku...
Di saat diri ini mula-mula mengenalimu
Sudah terpahat di hati ini
Satu perasaan kagum terhadapmu
Aku mula mengikut tunjuk ajarmu
Segala perintah dan arahanmu

Guruku...
Hati ini sering kali mengatakan
Bahawa aku adalah insan yang bertuah
Insan yang sungguh bertuah
Kerana dapat mengenalimu
Dapat bersama-sama mengendalikan
Program Sukses

Guruku..
Aku sering kali terngiang-ngiang
Akan kata-katamu
”JIKA KAMU TIDAK TUNJUK KAMU BOLEH,
TIADA SIAPA TAHU KAMU BOLEH..”

Guruku..
Aku bangga melihat ketabahanmu
Engkau tidak pernah kenal erti penat dan letih
Engkau sanggup berkorban masa
Cuti dan istirahat bersama-sama keluargamu

Guruku..
Apa yang kupinta adalah
Semoga dirimu sentiasa sihat untuk
Terus berjuang di medan ini
Semoga dengan kehadiran blog Sukses
Kita mampu untuk mengecapi segalanya
Kita mampu untuk beraksi di pentas global

Guruku...
Kenangan indah yang telah dirakam bersama-sama
Sentiasa berada dalam ingatanku
Tidak akan luput daripada lipatan memori
SUKSES SELALU GURUKU!

Catatan Memori Fatin Syahira
Saujana Asahan, Gunung Ledang.

0 comments: