KENANGAN INDAH SUKSES BERSAMA REMAJA SMKTU2…

Thursday, April 9, 2009

Tanggal 30 hb. Mac hingga 2 hb. April 2009, aku bersama ayahanda dan Ust. Fuad berpeluang mengendalikan program Pemantapan Aqidah dan Sahsiah Diri anak-anak muda Sek. Men. Keb. Tasik Utara 2, Johor Bahru. Walaupun pada peringkat awal, kami bertiga agak sukar mendapat pelepasan sekolah, namun mungkin dengan berkat doa anak-anak SMKTU2, akhirnya pertemuan antara kedua-dua belah pihak tetap jua berlaku. Mungkin antara kami bertiga, kemungkinan aku yang teruja sekali agaknya, manakan tidak sebelum ini ayahanda telah meng’offer’ aku , “ nak ikut tak jadi fasilitator Pusat Pemantapan Akidah Jelebu, nak layan budak-budak JB!” Tanpa berfikir panjang, aku kata..”OK! Sukses!”.

Bersedia melangkah....Sukses

Rupa-rupanya pertemuan yang berlaku benar-benar nostalgik! Betapa tidaknya, telah sekian lama aku meninggalkan bumi JB, tanah tumpah aku dibesarkan mendapat pendidikan di English College (EC) atau Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), adakah sejarah lalu boleh berulang kembali!
Ice breaking oleh Ayahanda tercinta

Adakah aku mampu memberikan sesuatu yang istimewa untuk kalian semua? Aku bertolak dari Bumi Tarbiyah Maahad Ahmadi sekitar jam 12.00 tengah hari, singgah di rumah sebentar, akhirnya jam2.00 petang baru bertolak, dan akhirnya sampai PPAJ jam 4.00 petang. Bermulalah tugas kami sebagai ‘Pembimbing anak remaja SMKTU2”! Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara

GURU-GURU SMKTU2 YANG KUKAGUMI…
ADIK-ADIK SMKTU2 YANG KURINDUI…
Aku , ayahanda dan Ust. Fuad dibantu oleh 2 fasilitator kaunselor yang sedang praktikal di Penjara Jelebu , iaitu Cik Siti Mariam dan Mawaddah telah menjayakan program kali ini.
Ustaz Najib sukses...

Bersama-sama terlibat dengan program ini adalah guru-guru SMKTU2 iaitu Ust. Najib, Cikgu Ikmal, Cigku Farahana, Cikgu Hafdzarina dan Cikgu Hanizah.
Teman-teman guru SMKTU2...Ana dan Aniza..Jasamu dikenang

Walaupun kami berlima berkuasa penuh menjayakan setiap sesi dalam program ini, namun akhirnya aku berpeluang juga melihat potensi dan bakat guru-guru SMKTU2 menyumbang bakti menyampaikankan muhasabah dan mutiara berharga untuk anak-anak remaja SMKTU2 lewat sesi AYAT-AYAT CINTA!
Sukses..Afiqah dan Cik Hafdzarina

Adik-adikku, masih kau ingat betapa aku mengulang-ulang suara bait-bait ayat yang kau tuliskan untuk ayahmu. Ayahmu yang sentiasa bekerja keras untuk membesarkan dirimu..ayahmu yang tidak pernah berkata penat walaupun dia sakit dan menderita melihat kerenahmu di rumah dan di sekolah!
Hati sayu mendengar bisikan syahdu

Saban waktu merintih…anakku…anakku…dengarlah jeritan batin ayahmu ini..Anakku usahlah kau persiakan masa mudamu, usahlah kau persiakan hidupmu..Cukuplah ayahmu menderita…aku tidak mahu kau menderita sekali seperti diriku…anakku!

Ukhwah seindah mawar yang mekar

Adik-adikku, tatalaka jejariku semakin rancak berlari di atas papan ‘cursor’ notebookku ini, semakin banyak air mataku mengalir menggenangkan penderitaan yang terpaksa kalian hadapi. Siapakah yang bersalah, ayahmu, dirimu, rakanmu, masyarakat sekeliling, guru-gurumu atau …SIAPA? Diriku dan dirimu milik yang Maha Satu

Demikianlah kehidupan yang pernah kulalui, walaupun aku tidak mampu menyatakan segala-galanya dihadapan kalian, namun aku percaya kalian memahami apa-apa yang telah aku sampaikan pada kalian pada petang itu. Petang yang mengusik kalbuku betapa Abu, Iskandar, Amirul, Danial, Fikri, Rafiqah, Hajar, Afiqah. Amira dan rakan-rakan kalian yang terpaku, mengenanag kesilapan diri, menitiskan air mata kekesalan, memikirkan betapa beruntungnya diri masih hidup menghirup nikmat Tuhan yang tidak terkira! Ust. Najib, Ikmal, Ana, Jaja dan Aniza, terima kasih banyak kuucapkan kepada kalian kerana membantu diri ini memeluk anak-anak didikmu.
Kenikmatan persahabatan jelas aku rasai..

Sesungguhnya pelukan kalian merupaka pelukan ayah dan ibu untuk anak-anak didik kalian. Telah lama mereka mendambakan ssat-saat demikian, tetapi entah di manakah silapnya diri mereka seolah-oleh kian jauh daripada insan-insan yang harus mereka sayangi. Adik-adikku dan teman-teman guru SMKTU2, kudoakan kalian semua tetap mendapat rahmat Tuhan dalam setiap perkara yang kalian lakukan.

Detik ini menjadi bukti kasih Ilahi..

0 comments: