Muqadimah
Pada 10-12 April 2009, Kelab Remaja Sukses dengan jayanya telah menganjurkan Program Latihan Fasilitator Sukses dengan gabungan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya di Saujana Asahan, Melaka. Program yang julung-julung kali diadakan ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator pelajar di bawah bimbingan Cikgu Mohamad bin Aspari..Kami seramai 97 orang bertolak dari Maahad Ahmadi pada jam 3.15 petang dengan menaiki dua buah bas. Walaupun menghadapi kesempitan ruang tempat duduk ,namun dek semangat adik-adik yang berkobar-kobar mengikuti program ini,segala kekurangan tersebut diabaikan, sebaliknya kelemahan itu dijadikan sebagai cabaran buat mereka.
Saujana mata memandang...
Setibanya di Saujana Asahan,masing-masing terpaku melihat fenomena alam yang tersergam indah di kaki Gunung Ledang. Adik-adik peserta yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke Saujana , terkasima melihat anugerah ciptaan Tuhan.
IQ, EQ DAN SQ
Akhirnya, khemah berjaya juga dipasang ketika jam menunjukkan angka 7.45 malam. Slot Diskusi Ilmiah pada malam itu dimulakan dengan slot ceramah oleh Ustaz Amiza Khusyri Yusof yang menyampaikan kuliah bertajuk ” Keunggulan IQ,EQ dan SQ.
AYAT-AYAT CINTA
Allahuakbar..!!
Slot Diskusi Ilmiah pada malam ini ditutupi dengan santapan AYAT-AYAT CINTA oleh Guru Sukses kami. Entah mengapa aku benar-benar terpaku mendengar Suara hati yang disampaikan oleh guruku ini. Soalnya, ” Mengapa kita semua berkumpul pada malam yang tenang ini di kaki Gunung Ledang? Untuk apa kita bertemu? Untuk apa kita ”melarikan diri” seketika daripada bebanan pembelajaran di sekolah? Adakah di sini (Saujana) kita tidak belajar? Kalau kita belajar, apakah yang sebenarnya kita pelajari selama 3 hari 2 malam di sini? ” Aku cuba meneka akan jawapan bagi setiap persoalan yang dilontarkan oleh guruku ini, namun kadang-kadang jawapannya seringkali tidak mampu terfikir oleh mindaku yang cetek ini!
Inspirasi Alam
Peserta sukses mendengar celoteh ketua fasi..
Usai menikmati minum malam, tepat jam 11.15 malam , para peserta diarahkan untuk berkumpul di Dataran Sukses untuk mengikuti slot Muhasabah Inspirasi Alam. Slot ini dimulakan dengan permainan mencari gula-gula dalam keadaan mata peserta tertutup. Objektif slot ini diadakan adalah untuk melihat sikap para peserta apabila rakan mereka ditimpa sesuatu musibah. Jelas tergambar sikap mereka , ada yang mentertawakan rakan mereka apabila rakan tersebut tergolek-golek mencari gula-gula tersebut, ada juga yang memberi bantuan dengan memberikan arah di mana gula-gula tersebut berada dan pelbagai ragam lagi aksi mereka. Setelah puas bergelak ketawa, saudari Ain Ramlan mengambil peranan menjalankan tugasnya dengan memberi sentuhan di hati para peserta dan mengingatkan mereka bahawa kita sudah berada di akhir zaman dan tidak seharusnya leka dibuai arus modenisasi dewasa ini. Segelintir adik peserta terdiam, terpaku dan tidak kurang tersentuh hati. . Ada yang menangis menyedari bahawa diri mereka hanyalah seorang hamba yang hina. Hamba yang wajib taat kepada suruhan Tuhannya. Hamba yang sepatutnya berasa kesal dan sedih atas kelalaian dan kelekaan yang telah dilakukan. Saudara Asri pula mengambil alih slot seterusnya. Hati dan perasaan para peserta tersentuh lagi seoalah-olah diremuk-remuk dek mendengar Suara Hati ketua fasilitator ini.
Baca Lagi/ Read More...