More You Gift More You Will Get, v.1

Monday, September 27, 2010




Salam sukses kepada teman-teman yang mencintai KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN di Kelab Remaja Sukses dan Akademi Sukses Training & Consultancy. Diri ini telah lama tidak menulis di blog sukses, rasa rindu untuk menulis untuk kalian yang mungkin begitu lama menanti ‘ayat-ayat cinta’ daripada dir...i ini. Memang sejak belakangan ini, diri ini banyak bermuhasabah diri, melihat kembali perkara-perkara yang telah dilakukan bersama-sama sahabat-sahabat traineer di Akademi Sukses dan Kelab Remaja Sukses. Diri ini amat bersyukur kerana mampu melakukan banyak perkara yang bermanfaat untuk anak-anak remaja di kawasan luar bandar yang amat dahagakan ILMU tentang PEMBANGUNAN POTENSI DIRI. Kepada traineer yang kini telah berada di USIM, UNISZA, Institut Perguruan..ucapan tahniah kepada kalian kerana telah berjaya mencapai IMPIAN. Kepada teman-teman traineer di Maahad STAM, diri ini tetap mendoakan kalian akan sukses ke Bumi Anbiya pada tahun hadapan.

Sesungguhnya apa-apa sahaja perkara yang telah kalian lakukan selama ini sebenarnya tidak sia-sia, dan tidak dipersia-siakan oleh Sang Pemilik Kekayaan! Apabila kita mendapat NIKMAT, kita bersyukur. Apabila kita diuji, kita REDHA. Untuk mencapai KEJAYAAN, memang kalian perlu mengorbankan banyak keseronokan jangka pendek demi untuk mencapai kejayaan pada MASA HADAPAN. Kadangkala, pengorbanan itu tidaklah sebesar mana, namun jika kalian lakukan secara konsisten, ‘OUTPUT’nya boleh berlipat kali ganda. Ibarat, seorang traineer membaca 10 muka surat sebuah buku pada setiap malam selama 10 minit, lama kelamaan MINDAnya terisi dengan jutaan INFORMASI yang bernilai JUTAAN ringgit........bayangkan jika kalian mampu membaca, dan terus membaca setiap hari, hari demi hari, minggu demi minggu dan bertahun-tahun...SEPANJANG HAYAT! Berapakah NILAI DIRI kalian pada tahun 2020? Adakah kalian benar-benar MEMIMPIN PERUBAHAN pada ketika itu, atau kalian HANYUT MENGIKUT PERUBAHAN? Justeru, ayuh MORE YOU GIVE A TIME TO READ..MORE YOU GET A KNOWLEDGE...to help other people success like us! Selamat menghadapi peperiksaan kepada sahabat-sahabat Kelab Remaja Sukses dan Akademi Sukses, anak-anak didikku di Maahad Ahmadi, Maahad STAM, IPTA se-Malaysia dan traineer di Mesir, Jordon, Morocco..moga kalian sukses mengejar IMPIAN! Salam Sukses. Master Traineer Akademi Sukses


Show all
Baca Lagi/ Read More...

The More You Gift, The More You Get..

Sunday, September 26, 2010

artikel ini turut disiarkan di
http://selaluberbicara.blogspot.com/

.
"Therefore remember Me, I will remember you. Give thanks to Me, and reject not Me."

Demikianlah Friman Allah di Surah Albaqarah ayat 152. Assalamualaikum. Salam 1 Ummah. Salam Sukses dari alfaQir buat semua. Moga-moga pertemuan singkat kita di alam maya ini membuahkan hasil yang begitu makna. Teringat kata-kata seorang mursyid, "Kehebatan lisan bergantung kepada kesan yang terdapat pada pendengar, tidak perlu lama, walaupun sekejap, jika meninggalkan kesan itu sudah memadai". Dan itulah kelebihan yang terdapat pada kekasih kita, Muhammad S.A.W. hebatnya Baginda sehinggakan Sayyidina Abu Bakar yang tidak melihat peristiwa Isra' Mi'raj dengan mata kepalanya terus mempercayai peristiwa agung tersebut. "Aku Mempercayainya Ya Rasulullah, Bahkan Lebih Dari Itu Aku Mempercayainya". Allah, indahnya saat bersama Rasulullah. Ya Rasulullah, kami merinduimu. Berikutan dengan itu, alfaqir mengharapkan walaupun sejenak membaca entri kali ini, tetapi mampu meninggalkan kesan dalam jiwa dan minda kita. Supaya kita lebih kaya dan berjaya.
Ada yang mengeluh, "Kita ni cukuplah menjadi sederhana dan biasa-biasa, cukuplah dengan kita bersyukr dengan apa yang ada, tidak perlu kita mengejar kekayaan yang mampu menjadikan hati kita alpa". Terima kasih atas keluhan yang tak berapa 'best' itu. Kadang-kadang kita kesian melihat orang yang berpandangan sebegini. Ya, memang betul Rasulullah tidak kaya. Bukan kerana Rasulullah tidak mahu kaya tetapi Rasulullah memilih untuk tidak kaya hanya tidak mahu KAYA itu diwajibkan kepada semua ummatnya. Percaya atau tidak, Rasulullah adalah mentor kekayaan yang No 1 didalam dunia. Pernah Rasulullah bersabda, "Berniaga itu adalah 9/ 10 kunci rezeki@ kekayaan". Mana mungkin Rasulullah bersabda tetapi tidak ada hasilnya.

Begitu juga dengan para sahabat, Abdul Rahman bin Auf juga merupakan seorang jutawan pada zaman Rasulullah. Abu Bakar Assiddiq juga merupakan Jutawan. Siapa lagi? Rasulullah juga merupakan juga jutawan. Jadi mengapa kita pilih untuk tidak menjadi jutawan?. Ada lagi yang berkata, "bukan tak nak jadi kaya, tapi takut jadi jahat kerana kaya, rasuah dan sebagainya la". Soalan yang agak tidak munasabah dan tidak berapa munasarawak. Huhu, ada ke didunia ni orang yang hidup sederhana dan miskin tidak melakukan jenayah? Cukuplah dengan pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Banyak dah, ramai dalam kalangan pelajar sendiri yang melakukan keburukan dengan hanya "aku jeles dia ada benda tu".

Jahat mahupun baik bukanlah bergantung kepada kekayaan, Tetapi bergantung 200% kepada individu tersebut. Jadi kalau mereka bijak menggunakan kekayaan yang Allah berikan kepada mereka, mengapa perlu kita cop mereka sebagai orang kaya jahat? Kaya yang mengeluarkan hartanya ke jalan Allah. Miskin, duduk dirumah sambil mengeluh dengan kemiskinan yang di alaminya?, I Have To Choose To Be A Millionaire. Hanya dengan kaya sahaja mampu bela nasib ummat kita. Kita kaya dan mengayakan orang lain. mulia atau jahat? fikirkanlah..haha.

Sebenarnya ingin berkongsi cerita, the more you gift the more you get. Kata-kata ini cukup bermakna dan terkesan kepada diri ini. Sejak mempelajari teknik dan ayat ini, kehidupan alfaQir kini melalui perubahan yang amat ketara. "Lagi banyak yang kita berikan lagi banyak kita akan dapat", percaya atau tidak itulah dia. Islam juga menggalakkan supaya kita menjadi seperti ini. Surah Ibrahim ayat 13. Sebab itu islam wajibkan ummatnya untuk berzakat, agar dapat kita 'sharing' bersama dengan yang lain nikmat yang Allah berikan kepada kita. Adakah kita berzakat itu kita sebenarnya menjadi miskin? Hanya orang tidak berzakat tetapi berzakat di SPORT TOTO sahaja yang menjadi miskin wal afqar. Percaya atau tidak, cukup sekadar kita jalan dihadapan kedai 'zakat' sport toto itu. Lihat sahaja wajah-wajah mereka.

Bagi alfaQir, saranan untuk 'gift more' ini cukup bermakna. Ku kepilkan pengalamanku agar menjadi pedoman.. Kisah 1, Ketika alfaQir baru selesai menunaikan solat di Masjid Negeri, sementara menunggu Zaki dan Syahir menyempurnakan solat mereka, alfaQir duduk di tangga utama Masjid Negeri sambil menikmati air soya. Ketika ini, kami semua dalam perjalanan ke KLIA mengiringi Zakwan ke Jordan. Dalam 'mood' menghayati air soya datang seorang pak cik. "Adik, pak cik dari kedah dik, pak cik baru buat operation dik..(sambil menunjujkkan kesan operationnya)". "Pak cik nak balik Kedah ni dik, tapi pak cik tak da duit". "Maaflah pak cik, saya ni bukan berduit sangat, saya pun ngah study lagi ni" tolak alfaQir dengan berhikmah. Lalu pak cik tersebut dengan muka sedih beredar dan duduk tidak jauh dari alfaQir. Sedetik kemudian, terlintas difikiran ini "kenapa tidak aku berikan sedikit dari yang aku ada ini kepada pak cik ini?"..Lalu hati alfaQir mengiyakan. Sampai sahaja Syahir bersama Zaki , kami terus beredar sebelum beredar alfaQir menghulurkan note berwarna hijau kepada pak cik tersebut dengan doa dan harapan Allah akan redhai dan membalasnya 1 hari nanti.

Selepas beberapa hari kemudian, ternyata Allah membalasnya dengan tunai. Tidak alfaQir sangka akan dapat rezeki 10 kali ganda dari jumlah pemberian wang kepada pak cik tempoh hari. Itulah dia Yang Maha Pemberi. Memberi rezeki kepada hambaNya tanpa mengira waktu dan keadaan. Jadi mengapa perlu takut untuk memberi? More you gift more you will get! Begitu juga dengan ilmu, lagi banyak yang kita kongsikan kepada orang yang tidak tahu, lagi banyak ilmu Allah akan berikan kepada kita.. من عمل بما علم يعام الله ما لم يعلم Sesiapa yang tidak inginkan Allah memberikan ilmu yang tidak ada tandingannya. Senang sahaja caranya, More You Share More You Will Get.

Kisah 2, Alhamdulillah, permohonan belajar ke Maghribi sudah pun keluar. Alfu Syukur kerana Allah memberikan peluang kepada alfaQir untuk mencapai cita-cita. lafaQir percaya ini semuanya kerana membantu dan memberikan yang terbaik untuk kerja-kerja dakwah ini. Percaya atau tidak, keputusan SPM alfaQir bukannya begitu hebat, jika ingin dibandingkan dengan yang lain, tapi inilah Dia Maha Pembalas, membalas apa yang kita lakukan. More you gift More you get. Disamping doa ibu bapa dan guru dan rakan-rakan, ku berjaya menjejaki kaki disana. Alhamdulillah, jadi apa tunggu lagi, more you gift more you get!

Sebagai mengakhiri enrti kali ini, ku ingin ingatkan diri ini, supaya bantulah mereka yang perlukan bantuan, tolonglah mereka yang perlukan pertolongan agar hidup kita lebih sukses, kaya dan berjaya. Hari ini, dunia dikuasai oleh minda yahudi kerana apa?kerana mereka mempunyai kuasa dan harta yang membolehkan mereka mengeksploitasikan dunia kita hari ini. Hari ini, orang cina mengusai ekonomi kerana apa? Kerana mempunyai ilmu, mentor dan sistem. Hari ini melayu islam mundur kerana apa? Kerana melayu islam tidak mengikuti MENTOR, ILMU dan SISTEM yang diterajui oleh Baginda Muhammad S.A.W. Alangkah malunya, jika hari esok, ramai yang duduk di kaki lima sambil memegang mangkuk adalah dari kalangan MELAYU ISLAM.

Mana mungkin ISLAM dihina begitu rupa. Wallahu'alam..JOM SUKSES bersama..

"Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan" Berbicaralah Selalu
1730pm, 26SEP 10
Baca Lagi/ Read More...

Kisah Penjual Tempe

Thursday, September 23, 2010


Dalam sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa terdapat seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, hanya separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.



Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun berasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu
pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...



Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat( ",) ..

-ibnu omar-
Baca Lagi/ Read More...

Cicak Yang Tuli

Wednesday, September 22, 2010

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan diucapkan kepada semua warga Bumi Tarbiyah. Kita baru sahaja melepasi fasa pertama dalam bulan Tarbiyah, bulan Ramadhan iaitu fasa rahmat dan kita juga baru sahaja melangkahkan kaki kita ke dalam fasa yang kedua iaitu fasa keampunan. Namun, apakah kita telah dapat mencapai matlamat kita dalam bulan ini? Apakah terdapat perubahan positif atau peningkatan iman dalam diri kita? Sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita. Di sini, saya ingin membawa suatu cerita yang boleh kita jadikan pengajaran.

Ini sebuah cerita tentang cicak. Pada 27 hb tahun ke 13 cicak, Drazil, ketua kepada segala cicak-cicak di Lizard Village merancang untuk meraikan ulang tahun kelahirannya dengan menganjurkan sebuah pesta dengan mengadakan pelbagai pertandingan dan acara. Antara acara yang telah diadakan adalah memanjat pokok pinang yang telah dilumurkan dengan minyak. Sebanyak 25 ekor cicak telah menyertai acara ini dan cicak-cicak yang lain hanya menjadi penonton. Apabila wisel dibunyikan pada jam 8.00 pagi, semua cicak-cicak berlumba untuk naik ke puncak pokok pinang. Baru sahaja acara bermula, sudah ada cicak yang telah tergolek, terjatuh dan menangis dek tidak tahan dengan licinnya minyak. Pada jam 12 tengah hari, hanya tinggal 5 ekor cicak sahaja. Terdapat sebahagian penonton yang cuba untuk menjatuhkan semangat cicak yang masih mencuba untuk naik ke puncak. “ Sudahlah tu, mesti tak dapat sampai ke puncak”, “Turun sahaja, mengaku kalah saja”, lalu hampir semua cicak hilang semangat kecuali seekor cicak yang bernama Kubing. Kubing masih mencuba untuk memanjat pokok pinang itu lagi walaupun disogok dan tidak mendapat sokongan. Tepat jam 2.46 petang, Kubing berjaya sampai ke puncak pokok pinang. Semua cicak-cicak di Lizard Village terkejut. Apabila diselidik, ditemu ramah dan di tanya tentang rahsia kejayaan, Kubing tidak mempunyai sebarang keistimewaan. Namun, dia hanya seekor cicak yang tuli.

Kita bayangkan jika kita berada disituasi yang sama seperti Kubing. Bagaimana dia dapat melawan segala kata-kata penonton yang cuba menjatuhkan semangatnya dengan memiliki telinga yang tuli? Kita andaikan penonton yang cuba untuk menjatuhkan tadi dengan nafsu kita. Bagaimana nafsu kita cuba untuk menghasut serta menjatuhkan kita supaya kita tunduk dengan nafsu kita? Terutama sekali dalam bulan Ramadhan ini. Cicak-cicak lain yang telah jatuh sejak dari bermulanya acara ibarat seorang manusia yang telah jatuh dan tunduk mengikut nafsu masing-masing tanpa mencuba dan berusaha melawannya. Contohnya, bazar Ramadhan setiap tahun, menyajikan kepada kita pelbagai jenis juadah. Hari ini, akibat tidak menjadi tuli kepada nafsu sebaliknya bertuankan nafsu, terdapat ramai insan yang membeli dengan banyak sehingga terjadinya pembaziran wang. Terdapat juga yang makan hanya sedikit dan akhirnya tong sampah juga menjadi kekenyangan menelan makanan. Andai kita fikirkan dan teringatkan saudara seIslam kita yang berada di luar sana seperti di Palestin, pasti kita tidak sanggup untuk melakukan pembaziran apatah lagi kekenyangan dengan mengikut kehendak nafsu semata-mata.


Di samping itu, jika kita tidak menjadi tuli kepada nafsu, daun kehormatan wanita pasti hilang, pendirian lelaki yang teguh pasti rebah dan jatuh, masalah-masalah sosial yang kita lihat dalam dada-dada akhbar hari ini seperti masalah pembuangan anak, kes-kes khalwat dan penzinaan tambahan lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia in juga pasti akan berlaku. Jika dapat kita terapkan wanita solehah yang diibaratkan seperti pokok semalu dan lelaki soleh seperti cendawan beracun masalah-masalah seperti ini pasti dapat kita elakkan. Andai Kubing berjaya kerana tuli telinganya kepada penonton yang mahu menjatuhkannya, mengapa kita tidak menjadi tuli kepada nafsu kita supaya kita berjaya sampai ke puncak ketinggian iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

-ibnu omar-

Baca Lagi/ Read More...

Cicak Yang Tuli

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan diucapkan kepada semua warga Bumi Tarbiyah. Kita baru sahaja melepasi fasa pertama dalam bulan Tarbiyah, bulan Ramadhan iaitu fasa rahmat dan kita juga baru sahaja melangkahkan kaki kita ke dalam fasa yang kedua iaitu fasa keampunan. Namun, apakah kita telah dapat mencapai matlamat kita dalam bulan ini? Apakah terdapat perubahan positif atau peningkatan iman dalam diri kita? Sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita. Di sini, saya ingin membawa suatu cerita yang boleh kita jadikan pengajaran.

Ini sebuah cerita tentang cicak. Pada 27 hb tahun ke 13 cicak, Drazil, ketua kepada segala cicak-cicak di Lizard Village merancang untuk meraikan ulang tahun kelahirannya dengan menganjurkan sebuah pesta dengan mengadakan pelbagai pertandingan dan acara. Antara acara yang telah diadakan adalah memanjat pokok pinang yang telah dilumurkan dengan minyak. Sebanyak 25 ekor cicak telah menyertai acara ini dan cicak-cicak yang lain hanya menjadi penonton. Apabila wisel dibunyikan pada jam 8.00 pagi, semua cicak-cicak berlumba untuk naik ke puncak pokok pinang. Baru sahaja acara bermula, sudah ada cicak yang telah tergolek, terjatuh dan menangis dek tidak tahan dengan licinnya minyak. Pada jam 12 tengah hari, hanya tinggal 5 ekor cicak sahaja. Terdapat sebahagian penonton yang cuba untuk menjatuhkan semangat cicak yang masih mencuba untuk naik ke puncak. “ Sudahlah tu, mesti tak dapat sampai ke puncak”, “Turun sahaja, mengaku kalah saja”, lalu hampir semua cicak hilang semangat kecuali seekor cicak yang bernama Kubing. Kubing masih mencuba untuk memanjat pokok pinang itu lagi walaupun disogok dan tidak mendapat sokongan. Tepat jam 2.46 petang, Kubing berjaya sampai ke puncak pokok pinang. Semua cicak-cicak di Lizard Village terkejut. Apabila diselidik, ditemu ramah dan di tanya tentang rahsia kejayaan, Kubing tidak mempunyai sebarang keistimewaan. Namun, dia hanya seekor cicak yang tuli.

Kita bayangkan jika kita berada disituasi yang sama seperti Kubing. Bagaimana dia dapat melawan segala kata-kata penonton yang cuba menjatuhkan semangatnya dengan memiliki telinga yang tuli? Kita andaikan penonton yang cuba untuk menjatuhkan tadi dengan nafsu kita. Bagaimana nafsu kita cuba untuk menghasut serta menjatuhkan kita supaya kita tunduk dengan nafsu kita? Terutama sekali dalam bulan Ramadhan ini. Cicak-cicak lain yang telah jatuh sejak dari bermulanya acara ibarat seorang manusia yang telah jatuh dan tunduk mengikut nafsu masing-masing tanpa mencuba dan berusaha melawannya. Contohnya, bazar Ramadhan setiap tahun, menyajikan kepada kita pelbagai jenis juadah. Hari ini, akibat tidak menjadi tuli kepada nafsu sebaliknya bertuankan nafsu, terdapat ramai insan yang membeli dengan banyak sehingga terjadinya pembaziran wang. Terdapat juga yang makan hanya sedikit dan akhirnya tong sampah juga menjadi kekenyangan menelan makanan. Andai kita fikirkan dan teringatkan saudara seIslam kita yang berada di luar sana seperti di Palestin, pasti kita tidak sanggup untuk melakukan pembaziran apatah lagi kekenyangan dengan mengikut kehendak nafsu semata-mata.


Di samping itu, jika kita tidak menjadi tuli kepada nafsu, daun kehormatan wanita pasti hilang, pendirian lelaki yang teguh pasti rebah dan jatuh, masalah-masalah sosial yang kita lihat dalam dada-dada akhbar hari ini seperti masalah pembuangan anak, kes-kes khalwat dan penzinaan tambahan lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia in juga pasti akan berlaku. Jika dapat kita terapkan wanita solehah yang diibaratkan seperti pokok semalu dan lelaki soleh seperti cendawan beracun masalah-masalah seperti ini pasti dapat kita elakkan. Andai Kubing berjaya kerana tuli telinganya kepada penonton yang mahu menjatuhkannya, mengapa kita tidak menjadi tuli kepada nafsu kita supaya kita berjaya sampai ke puncak ketinggian iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Baca Lagi/ Read More...

Fasilitator + Trainer = ?????

Monday, September 20, 2010

Kali ini, saya selesa membincangkan perkara yang merunsingkan bagi sesetengah daripada kita.. adakah dia fasilitator atau Trainer? Di dalam pandangan definisi fasilitator adalah:-

"An individual who enables groups and organizations to work more effectively; to collaborate and achieve synergy. She or he is a 'content neutral' party who by not taking sides or expressing or advocating a point of view during the meeting, can advocate for fair, open, and inclusive procedures to accomplish the group's work" - Doyle

"One who contributes structure and process to interactions so groups are able to function effectively and make high-quality decisions. A helper and enabler whose goal is to support others as they achieve exceptional performance" - Bens

"The facilitator's job is to support everyone to do their best thinking and practice. To do this, the facilitator encourages full participation, promotes mutual understanding and cultivates shared responsibility. By supporting everyone to do their best thinking, a facilitator enables group members to search for inclusive solutions and build sustainable agreements" - Kaner

Ini adalah sebahagian definisi ‘fasilitator’.. Pastinya kita mudah untuk memahaminya..(kecuali bagi mereka yang tak mahu memahaminya) Sejak zaman sekolah lagi, sesetengah daripada kita kenal siapa fasilitator.. Tetapi, tak ramai daripada kita yang tahu apa peranan mereka di dalam setiap program di lakukan. Ketika kita sekolah hinggalah di zaman universiti mahupun zaman pekerjaan.

Setiap kali ada program, pasti akan ada ‘fasilitator’ ini.. Seorang mahasiswa pernah bertanya kepada saya..(ketika di sebuah program MPP). ‘Kenapa ada orang panggil fasilitator? Tak sama ke dengan Trainer?’.

Jawab saya mudah, ‘Boleh awak tukarkan perkataan itu kepada bahasa melayu tak? Bahasa jiwa bangsa’ (sengaja saya bergurau dengannya). Katanya pula, ‘Fasilitator itu pemudah cara dan Trainer itu Jurulatih’. (saya tersenyum sendirian)..

Jadi awak dah boleh memahami sedikit perbezaan antara mereka?. Jawab pelajar terbabit, ‘Ya, boleh faham..Tetapi saya lebih suka kalau lebih faham’..(kami berdua tergelak).

Adik pernah menjadi ‘fasilitator’ di Minggu Orientasi Pelajar? Atau mungkin nama sedap sikit, Minggu Haluan Pelajar ke? Atau Ta’aruf Week?. Jawabnya ringkas, mestilah pernah. Saya minat ‘join2’ program ni =)

Soal saya semula, jadi adik pernahlah buat Aktiviti Dalam Kumpulan?. Jawabnya, LDK ke?. Jawab saya semula, bukan LDK tapi ADK. Mahasiswa itu semakin runsing. Soal saya semula, ‘sebentar tadi adik dah boleh faham asas fasilitator dan pemudah cara. Kan?’

Sambung saya lagi, ‘sekarang apa bezanya Aktiviti dan Latihan?’

Jawabnya, ‘Ntah lah’. ‘Bagi saya sama sahaja. Sekadar berbeza perkataan sahaja.’

(terfikir sejenak).. Jika semua mahasiswa pernah menjadi fasilitator, tetapi sukar membezakan peranan antara pemudah cara dan trainer, antara ADK dan LDK, bagaimana mereka menjalani ‘Kursus Faslitator’ di Universiti? atau Akademi Fasilitator? Sekadar tangkap muat atau merujuk pada mereka yang ahli di bidangnya?.. Wallahu’alam...

Berbalik kepada topik asal, secara ringkasnya fasilitator itu sebagai orang tengah atau pemudah cara antara pihak A dan B. Contoh mudah di sekolah, pihak A adalah kaunselor dan B adalah pelajar biasa. Jika di universiti, Pihak A adalah pentadbir IPT (HEP) dan Pihak B adalah pelajar baru (freshie).. Saya bertanya semula, jika adik bertanya ciri-ciri fasilitator, saya cadangkan buat sahaja Kursus Asas Fasilitator. (kami berdua tergelak)..

‘Trainer pula?’ (katanya lagi)..

Jawab saya, ‘Tadi adik beritahu Trainer tu Jurulatih, kan? Sekarang saya soal semula, Apakah tugas juruukur? Jurulukis? Jururawat? Jurutera? Dan banyak lagi juru-juru (hehe).. Jawabnya, ‘juruukur itu mestilah mengukur sesuatu, seperti mengukur jalan yang baru hendak di buat. Jurulukis itu perlu melukis pelan rancangan dan berkaitan. Jururawat itu pastinya merawat orang yang memerlukan dan jurutera juga membuat dan memperbetulkan masalah enjin, mesin dan sebagainya.

Kata saya pula, ‘Jurulatih?’. Jawabnya mudah, ‘Jurulatih, melatih seseorang’.

Jawab saya panjang, ‘Jadi awak sudah faham peranan fasilitator dan trainer?.’ Kerana itu, jika di zaman sekolah atau universiti kita di didik sebagai fasilitator, bukan trainer. Kerana Trainer itu merangkumi bidang yang luas (jika istilah di dalam bidang sumber manusia).. Trainer ada bidang pengkhususan tertentu.

Di dalam sektor pekerjaan pula, ada Training Officer atau Training Executive.. Belum pernah ada Fasilitator Officer... (hahahaha, kami berdua tergelak).. Kerana Training Officer akan merancang, melaksana dan menganalisis ‘Training’ yang sesuai di jalankan syarikat. Dan PMSB juga membuat program untuk bakal-bakal Trainers.

Kerana itu, ada beza program Asas Fasilitator dan Training on Trainers.

Jika adik ingin membuat kursus asas fasilitator, ianya tidak lari dari topik definisi di atas. Tetapi, berbeza dengan Training on Trainers, di mana adik akan di tanya adik ingin pengkhususan di bidang apa? Trainers bidang Motivasi? Trainers bidang ICT? Trainers bidang ‘Training Outdoor’? Trainers bidang ‘Penulisan’? dan pelbagai lagi.

Mahasiswa itu bertanya lagi pada saya, ‘jika kami mahu laksanakan program Training on Trainers kepada mahasiswa tetapi fokus kepada Pendakwah boleh ke?’. Soal saya balik, ‘Awak faham tak siapa pendakwah itu?’. Apakah seorang fasilitator itu tidak berdakwah? Trainers itu tidak berdakwah? Motivator itu tidak berdakwah?. (Dia terdiam)..

Sambung saya lagi, tugas dakwah adalah tugas kita semua. Membezakan saya dengan ustaz, saya di bidang saya dan ustaz di bidang ustaz. Bagaimana cara berdakwah itu yang membezakan kerana manusia ini di cipta berbeza-beza. Pastinya perlu pendekatan berbeza juga. Asalkan ‘Matlamat’ masih sama.

‘Biar jalan kita berbeza, asalkan matlamat kita sama...Itu lebih baik.. daripada jalan kita sama, tetapi Matlamat kita berbeza..Sangat bahaya’

(dia mula berteka-teki dengan kiasan saya)...Kata saya, ‘saya akan jelaskan apabila keperluannya tiba nanti’..

Berbalik kepada topik asal, ‘Jika adik ingin program yang mengkhusus kepada pendakwah, mengapa tidak menjemput para ustaz sahaja?. Saya rasa itu mungkin sesuai...

Jawabnya, ‘bukan tidak mahu, tetapi kerap kali program kami dengan para ustaz’. Cuma, inginkan kelainan pada program akan datang..

Jawab saya, kelainan apa?

Katanya, kelaianan dari segi aktiviti.. Saya di fahamkan staff EQ Sutra mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada sumber manusia, kaunseling, psikologi, engineering, business, agama, accounting, architecture, pembangunan manusia dan sebagainya. Betul ker?

Kata saya semula, awak ni lari topik sedikit.. (kami tergelak, haha)... Sambung saya lagi, Jika awak inginkan kelainan, EQ Sutra memfokuskan modul latihan yang mengkaji tingkah laku manusia dan mengolah ‘neutralkan’ situasi dengan kaunseling. Atau mudah faham ilmu psikologi dan kaunseling. Setiap kajian modul di bina mengikut apa keperluan para peserta. Sangat berbeza seperti adik membuat modul di program orientasi semasa di universiti.

Baiklah dik, saya rasa adik sudah memahami ‘Fasilitatpr dan Trainer’. InshaAllah, jika berkesempatan, kita berbual panjang mengenai ‘Peranan’ adik sebagai AJK MPP dengan TOT yang boleh kita laksanankan...

Wasalam...

Sama-Sama Fikir | Manusia itu di cipta berbeza-beza, keperluannya berbeza-beza, minatnya juga berbeza, keinginannya juga berbeza, pemikirannya juga berbeza, personalitinya juga berbeza, apatah lagi sayangnya antara manusia juga berbeza, tetapi mereka masih boleh di satukan... Hanya dengan Islam ^_^’

Baca Lagi/ Read More...

Nasihat Agung Imam Hassan Albanna

Sunday, September 19, 2010

Assalamualaikum, Salam Ukhwah Salam Perpisahan. Entri kali ini alfaQir cuba kemukakan nasihat-nasihat Imam Hassan AlBanna supaya diri ini tidak tergelincir dari landasan perjuangan. Bersamalah kita hayatinya.

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.
Baca Lagi/ Read More...

Berita Sukses.

Tuesday, September 14, 2010


Assalamualaikum, Apa khabar iman dan diri anda hari ini? Moga-moga terus sukses dan terus berada dibawah naungan malaikat. Sebelum itu, warga kerja akademi sukses dan ahli kelab remaja sukses mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Kali ini, berita sukses ingin memberitahu kepada pengguna laman sosial Facebook, anda semua boleh temui kami di ruangan Akademi Sukses Consultancy & Training. Anda bleh berkongsi idea, pengalaman dan apa-apa sahaja untuk dijadikan inspirasi sukses buat warga sukses yang lain. Harap Maklum

Baca Lagi/ Read More...

Selamat menyambut Hari Raya berserta keredhaan-Nya

Tuesday, September 7, 2010

Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalas dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan , di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?
1. Berdoa di malam raya

  • Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.
  • Kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut.
2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri
  • Tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
  • Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.
  • Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri dan kita disunatkan mengucapkan takbir dengan mengangkat suara.
  • Bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya.
  • Firman Allah Ta‘ala:Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."(Surah Al-Baqarah : 185)
3. Mandi Sunat Aidilfitri
  • Di pagi Hari Raya disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok
  • Kita memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok.
  • Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
  • Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)
5. Makan terlebih dahulu (seelok-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)
  • Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
  • Diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
6. Mengucapkan tahniah
  • Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak.
  • "Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."
  • Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.
  • Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan.
  • Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)
7. Ziarah menziarahi
  • Amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya.
  • Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.
  • Diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."(Hadits riwayat Al-Bukhari)
  • Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)
  • Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.
8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman
  • Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.
  • Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

Baca Lagi/ Read More...