Pada 1 hb. Feb. seramai 14 fasilitator Kelab Remaja Suksess bersama-sama 30 orang anak-anak remaja di Surau Taman Indah, Tampin telah menjayakan Program Remaja Suksess siri pertama tahun 2009. Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan Slot Ceramah oleh Ustaz Norazman Mohamad yang bertajuk Wawasan Remaja Suksess. Setelah sesi kudapan pada jam 10.30 pagi, para remaja mengikuti Sesi Bengkel Perancangan Strategik Akademik 2009. Saudari Fatin mengetuai 8 orang fasilitator puteri dan saudara Asri bersama-sama 6 fasilitator putera membimbing remaja dalam sesi bengkel .
Slot ceramah disampaikan oleh Ustaz Norazman Mohamad, motivator yang tidak asing lagi di Negeri Sembilan, yang juga merupakan mantan Ketua Umum Badan Perwakilan Pelajar Maahad Ahmadi (1998). Para peserta disemai dengan 6 Prinsip Kejayaan Diri yang hakiki, iaitu menghayati dan cinta ilmu pengetahuan, mendampingi…..dan cinta aan diri. Para remaja juga diminta menghayati lirik lagu 5 Cinta sebagai resipi kejayaan diri…”Cinta Kepada Allah, Cinta Rasul, Cinta Ibu Bapa, Cinta kepada Ummah, Cinta kepada Kecemerlangan, Mari Kita Semua Cinta 5 Perkara..” Pesanan Ust. Norazman kepada kita semua…”Kejayaan hari esok hanyalah milik orang yang sanggup berkorban dan berusaha dengan bersungguh-sungguh mulai hari ini! “ . Pesanan cikgu Mohd juga perlu kita renungkan bersama-sama…” Setiap hari adalah hari yang baru. Justeru, ambilah manfaat daripada masa yang ada!”. Moga kalian semua mendapat manfaat daripada pertemuan ini. Saksikan beberapa aktiviti menarik yang dijalankan oleh fasilitator Suksess dalam PROGRAM REMAJA SUKSESS SIRI PERTAMA 2009!
Berhiburlah dengan wajah-wajah ceria suksess ini...
0 comments:
Post a Comment