Pada 18 Januari 2009 yang lalu telah diadakan kursus jangka pendek untuk semua ahli jawatankuasa Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan di Maahad Ahmadi. Seramai 150 orang pimpinan pelajar terlibat dalam program ini yang bermula jam 8.00 pagi di Dwan Ibn Sina. Dua modul pengurusan organisasi disampaikan oleh 2 orang moderator yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar di Negeri Sembilan. Modul Format Penulisan Surat Rasmi bagi keperluan pelbagai program yang dibuat oleh organisasi pelajar disampaikan oleh cikgu Mohamad b. Aspari yang juga merupakan GPK Kokurikulum Maahad Ahmadi. Pelajar didedahkan keperluan menulis surat secara berprotokol untuk keperluan memohon penajaan program, menjemput penceramah dan jemputan kepada pihak-pihak agnesi kerajaan yang beminat menjayakan program bersama-sama dengan organisasi pelajar Maahad Ahmadi. Modul kedua pula disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd. Fuad bin Othman, guru penasihat BADAR Maahad Ahmadi yang bertajuk Panduan Membuat Kertas Kerja Program Pelajar dan Panduan Post Mortem Program untuk keperluan aktiviti pelajar di sekolah dan juga aktivti bersama-sama komuniti dan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA3), Pasukan PDRM untuk Kadet Polis dan merangka program bersama masyarakat seperti Projek Desa Angkat . Modul ini berjaya membuka mata pimpinan pelajar bahawa tanggungjawab mereka sebagai pemimpin masa hadapan begitu berat, dan kemahiran yang dirintis oleh guru-guru yang berdedikasi di Bumi Tarbiyah sudah sewajarnya dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin agar mereka benar-benar bersedia menerajui pemerintahan yang baik untuk Negeri Sembilan pada masa akan datang! Tahniah kepada cikgu Mohd dan Ust. Fuad yang sanggup bersusah payah mendidik kami semua menjadi insan cemerlang dan pemimin masa hadapan….Saksikan gambar-gambar yang di ambil untuk santapan ada..
-PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN ORGANISASI BADAN BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN MAAHAD AHMADI 2009-
Monday, February 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment