-Kursus Latihan Kepimpinan BPP Maahad Ahmadi 2009-

Monday, February 2, 2009


Barisan Badan Perwakilan Pelajar (BPP) Maahad Ahmadi 2009 telah dibentuk pada Disember 2008. Menjelang 1 hb. Januari 2009, seramai 30 orang pimpinan BPP yang baru telah menjalani Kursus Latihan Kepimpinan Siri 1 di Maahad Edadi. Program ini dikendalikan oleh Unit Disiplin yang diselia oleh cikgu Zairul Zainudin dengan dibantu oleh Ust. Zulkarnain Itam (ayahanda), cikgu Mohd, dan Ust. Fuad. Pimpinan BPP MANS kini diketuai oleh saudara Abd. Aziz bin Saidina Abu Bakar dan Saudari Muniratul Aqilah bt. Mukhtar yang merupakan pelajar STAM 2009. Dengan bertemakan Remaja Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan, para pelajar didedahkan dengan pelbagai modul latihan kepimpinan. Program bermula dengan sesi ice breaking dan pembinaan kumpulan oleh ayahanda. “Kejelekitan kumpulan merupakan kunci kejayaan organisasi”, demikianlah kata-kata ayahanda yang kuingat hingga kini. Manakan tidak, jikalau ahli-ahli oraganisasi tidak bersatu hati dan saling bertolak ansur dalam menjayakan misi dan visi BPP dan sekolah, sudah tentu banyak perkara yang dirancangkan akan menjadi “hangat-hangat tahi ayam” sahaja. Hebat di atas kertas kerja tetapi tidak ada kekuatan untuk bertindak merealisasikan perkara yang ingin dirancangkan! Pada ketika yang sama juga, aku juga teruja mendengar modul kepimpinan yang disampaikan oleh Ust. Fuad, yang difahamkan oleh beberapa rakanku, ustaz ini merupakan mantan pimpinan mahasiswa kampus UM yang hebat pada zamannya. “Pemimpin yang hebat harus meletakkan Al-Quran sebagai panduan dan kepimpinan Rasulullah sebagai suri teladan”, demikianlah sebahagian fakta penting yang beliau sampaikan yang harus kita renungkan. Kehebatan Rasulullah saw merencana dan merancang proses penghijrahan membina Daulah Islam di Madinah benar-benar mengajar diriku dan teman-teman, betapa beruntungnya kami menerima mutiara yang cukup berharga daripada guru kami. Setidak-tidak kami bersyukur kerana nawaitu diri menjadi BPP kian jelas dan sentiasa mengharapkan mardhatillah. Walaupun pada tahun 2009, jumlah kami dikurangkan dari 80 orang pada sesi lepas kepada hanya 50 orang pimpinan BPP tahun ini , namun aku yakin dengan kata-kata sahabatku, Faiz Nurfatinwalaupun bilangan kita sedikit, yang penting adalah KERJASAMA”. Hebat sahabatku ini, biarpun baru tahun pertama tepilih menjadi BPP namun jiwanya cukup besar ingin menjadi role model kepada adik-adik edadi dan teman seperjuangan. Bagaimana pula dengan cikgu Mohd? He, he…semua orang tertunggu-tunggu, apa hadiah yang cikgu Mohd nak beri pula semasa program kepimpinan BPP kali pertama 2009 ini! Kakak dan abang senior kami selalu berkata, -samanya “beruntunglah kamu semua dapat lama belajar dengan cikgu Mohd. You all bukan sahaja dapat hadiah yang banyak tetapi you all juga akan peroleh banyak skill baru sebagai fasilitator dan pemimpin hebat!” Benarkah kata-kata mereka? Aku bermonolog sendirian…Saat yang ditunggu telah tiba. Benarlah kata-kata kakak dan abang senior. Cikgu Mohd. memang agak berbeza dengan guru-guru Maahad yang kukenali. Perawakannya begitu simple sehinggakan pelajar Maahad menggelarkannya a simple teacher and very friendly! Walaupun baru pertama kali berjumpa, namun bual bicara bersama seolah-oleh dia sudah lama mengenali kita. Pelikkan! Tag line beliau ketika masuk ke kelas mengajar kami, “jika seseorang menyayangi dirimu, maka dia akan memberikan bukan sahaja hadiah kepadamu, tetapi dia juga akan memberikan yang terbaik untuk dirimu, hari ini, esok dan akan datang! Kan best kalau semua guru-guru Mahaad dan dunia ini seperti beliau. Getus hatiku! Apa modul cikgu Mohd untuk Kursus BPP? Guru yang berpandangan jauh ini memperkenalkan kepada kami Modul Pembangunan Personaliti Unggul yang lazimnya dikaitkan dengan fenomena Seven Habits lewat karya hebat Stephen R. Covey. Sepanjang empat hari kami bersama beliau, empat personaliti unggul yang diketengahkan untuk amalan kepada kami sebagai pemimpin pelajar yang hebat, iaitu Aplikasi Kemahiran Asertif, Tatacara Pengurusan Mesyuarat yang Efektif, Kaedah Pengurusan Masa untuk pelaksnaan sesuatu projek dan Kaedah Sistematik Penyelesaian Masalah. Menariknya modul ini kerana tidak disampaikan dalam bentuk ceramah, tetapi sebaliknya para pelajar diminta menjawab soal selidik yang disediakan bagi setiap modul ini. Latihan sebegini merupakan suatu perkara yang baru kepada kami. Aku berasa cukup bertuah dan gembira kerana aku dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri dengan menjawab soalan-soalan yang diberi dan selepas itu tafsiran skor dibuat, dan kita boleh menilai kebolehan diri kita sendiri. Pesanan cikgu Mohd cukup bererti kepada diriku dan teman-teman, “nilai diri kamu pada hari ini berdasarkan soal selidik yang kamu jawab hanya benar pada hari ini. Nilai diri kamu boleh berubah selepas ini setelah kamu mengetahui potensi diri yang perlu digilap dan kelemahan diri yang perlu diperbaiki pada masa sekarang”. Aku dan teman-teman rasa cukup bertuah kerana mendapat new knowledge yang kurasakan tidak mampu kubayar dengan wang dan harta benda. Sepanjang program ini juga kami berpeluang merancang pelbagai program untuk dijalankan pada tahun 2009. Pada 3 hb.Januari 2009, semua guru bermesyuarat dan kami telah diminta berbincang dalam kumpulan untuk merangka aktiviti-aktiviti BPP mengikut biro masing-masing, iaitu biro sukan, biro asrama, biro Musolla, biro kebajikan, biro dewan ibn sina, biro kebersihan dan biro dewan selera. Hasil brainstorming bersama-sama teman-teman agak mengujakan juga kerana akativiti yang aku fikirkan di bawah minda separa sedar (unsubconcius mind) boleh dijelmakan dalam bentuk lakaran yang praktikal di atas kertas majong dan kemudian dipindahkan dalam bentuk power point presentations. Komentar daripada cikgu Mohd, ayahanda dan guru-guru yang sempat hadir pada petang 3 Januari itu benar-benar mengujakan diri kami. Manakan tidak, kami rasa cukup dihargai kerana guru-guru bersedia membantu dan memperbaiki mana-mana elemen dalam perancangan aktiviti kami agar perancangan yang dibuat benar-benar realisitik. Antara idea menarik program yang ingin dirancangkan ialah Senamrobik Jamaie, Kursus Penyelenggaran Peralatan PA Sistem, Kempen Gaya Hidup Sihat..Sayalah tu! dan Kurusu-Kursus Pemantapan Rohani di bawah Biro Musolla benar-benar mengujakan kami dan guru-guru. Benarlah kata-kata Saidina Ali ibn Abi Talib, “ Kebanaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.” Aku dan teman-teman yakin dan percaya bahawa pertemuan kami di Kursus Kepimpinan BPP pada 1 hb hingga 4 hb. Januari 2009 benar-benar memberikan manfaaat yang cukup besar kepada diri kami sebagai pemimpin pelajar. Jika selama ini, aku dan teman-teman begitu bersemangat, tetapi kurang merancang dan merencana, akhirnya semangat hanya tinggal semangat! Namun kini, aku percaya Semangat dan Ketelitian Perancangan Tindak Kerja Program akan menghasilkan natijah yang baik pada sesi 2009 ini. Dengan berbekalkan Modul Perancangan dan Pengurusan Strategik yang disampaikan oleh cikgu Mohd, aku dan teman-teman benar-benar yakin perancangan kami akan berjaya setidak-tidaknya 70 peratus daripada 100 peratus yang dirancangkan pasti berjaya. Aku yakin perancangan strategik berasaskan Visi, Misi, Objektif, Pelan Tindakan dan Penilaian akan membantu diriku dan teman-teman melaksanakan tangungjawab kami dengan lebih sempurna dan berkesan. Kami diajar tentang pentingnya menganalisis SWOT (Strength:Kekuatan, Weakness:Kelemahan, Oppoturnity:Peluang dan Treaty:Ancaman) sebelum merencana sesuatu objektif yang benar-benar realistik. Sebab itulah ramai orang yang mengagumi guru yang simple dan very friendly itu, kerana hasil kerjanya selama ini yang tidak pernah mengenal erti jemu dan penat mendidik pelajar bumi tarbiayh akhirnya menjadi pemimpin masa hadapan seperti Ust. Norazman, Ust. Khir Johari, Brother Hazwan, Ust. Nor Uzairi dan ramai lagi yang kini telah berjaya dalam kerjaya masingp-masing. Pesanan akhir buat teman-teman ku di bumi tarbiyah, “..dalam hidup kita, Allah swt akan beri satu sahaja peluang untuk kita berjumpa dengan seseorang yang benar-benar menyayangi kita. Sekiranya kita leka, kita akan kehilangannya buat selama-lamanya. Tetapi kita tidak pernah tahu siapa orangnya. Jika kita sendiri tidak pernah sedar dan tidak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya. Mungkin setelah semuanya berlalu, kita telah kehilangannya, pada masa itu barulah kita sedar bahawa kehadirannya cukup bermakna, tetapi mungkin kita tidak berpeluang lagi untuk memilikinya pada saat itu!” Fikir-fikirlah ya teman-temanku….

Catatan IQA Peserta Kursus BPP MANS
1 – 4 Jan. 2009. Maahad Edadi.

0 comments: