www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube
Ketika sedang khusyuk bekerja, tiba-tiba telefon pejabat berdering.
"Assalamualaikum..Boleh saya bercakap dengan saudara Imran?"
"Wa'alaikumsalam w.b.t..Ya saya..Siapa ni?"
"Saya Cikgu Mohamad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan. Kami bercadang nak menjemput saudara Imran untuk memberikan perkongsian dan motivasi kepada pelajar-pelajar di sini."
"InsyaAllah boleh cikgu. Nanti cikgu 'confirm'kan tarikh ye."
***
Begitulah sedikit sebanyak perbualan awal di antara saya dan Cikgu Mohamad dan akhirnya, semalam saya sangat bersyukur kepada Allah kerana saya telah ditakdirkan untuk memberikan perkongsian dan motivasi kepada lebih 700 adik-adik saya di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Dari Kuala Lumpur ke Gemencheh, saya bersama 2 orang rakan krew iLuvislam, En. Fitri (Head of Technology) dan juga En. Muaz (English Team). Alhamdulillah kami tiba tepat pada masanya. Cikgu Mohamad telah menanti kehadiran kami. Selepas menyambut kedatangan kami bertiga, beliau terus membawa kami ke bilik pengetua untuk berjumpa dengan Ustaz Abdul Rahim Maamor. Asalnya, saya menjangkakan bahawa sekolah tersebut merupakan sekolah swasta, tetapi sebenarnya ia merupakan sekolah kerajaan negeri. Pelajar-pelajar pula terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang UPSR dan PMR.
Sebelum saya memberikan ceramah, kami disajikan dengan persembahan nasyid istimewa dan persembahan multimedia. Ia menyebabkan saya rasa terharu. Syukur saya di dalam hati.
Persembahan nasyid yang mantap!
Akhirnya, tiba giliran saya untuk melaksanakan amanah. Bahagia rasanya hati apabila berdiri di atas pentas di hadapan lebih 700 adik-adik yang bakal mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti. Malah, guru-guru Maahad Ahmadi turut hadir untuk mendengar. Saya azam untuk memberikan yang terbaik kepada mereka.
Saya sangat seronok apabila saya bertanya ; "Siapa kat sini pernah buka Google.com, say I.." Hampir semua sama-sama menyebut "I". Dan apabila saya bertanya ; "Siapa kat sini pernah buka iLuvislam.com, say I.." Keriuhan dewan sama seperti soalan saya tentang Google. Alhamdulillah.
'Free style' seperti Anthony Robbin & T. Harv Eker, amin. =)
Apabila saya memberitahu bahawa tak lama lagi iLuvislam akan ada radio, adik-adik di sana memberikan tepukan yang gemuruh.
"Alhamdulillah, makin semangat aku..." Bisik hati saya.
Syukur kerana saya mampu memberikan ceramah selama lebih kurang 1 jam setengah. Terasa banyak lagi hendak berkongsi dengan mereka tetapi masa tidak mengizinkan.
Buat pengetahuan sahabat-sahabat, semalam adalah kali pertama saya memberikan 'talk' di hadapan lebih 700 orang. Saya amat merasa bahagia kerana dapat berkongsi dan memberikan motivasi kepada adik-adik saya. Saya berharap, adik-adik di Maahad Ahmadi mendapat manfaat daripada apa yang saya kongsikan. Saya melihat potensi dalam diri kalian semua. Teruskanlah mencari 'passion' dalam hidup kalian dan pastikanlah hidup kalian bermisi dan bervisi.
Dapatkan tabloid iLuvislam! :)
Dalam perjalanan pulang, saya berkongsi kebahagiaan saya bersama beberapa orang rakan melalui komunikasi telefon mudah alih. Salah seorang rakan saya menulis :
"Tahniah, di wajahmu ku lihat bintang. Saya tahu Im akan memperoleh kejayaan. Kena terus 'humble' jer. Sentiasa tambahkan ilmu dan takwa (IT)."
Amin. InsyaAllah. Mohon tegur saya andai saya silap.
Seorang sahabat yang lain menulis :
"Rasulullah SAW berpesan kepada Saidina Ali bahawa kalau seorang menjadi baik melalui kita, maka itu lebih baik dari dunia dan isinya."
Amin. Seronoknya andai kita mampu.
Kami jutawan dakwah! Amin.. Dari kiri : En. Fitri, saya dan En. Muaz. ^_^
Sahabat yang saya sayangi, mohon jasa baik kalian untuk mendoakan iLuvislam dan saya. Juga bersama mendoakan kejayaan Islam di muka bumi. Moga sempat kita melihat membangunnya semula tamadun Islam suatu hari nanti. Percayalah hari itu sudah dekat dan tanyalah diri kita : "Adakah aku ingin menjadi sebahagian dari penyumbangnya?"
Jika ya, adakah cukup sekadar duduk diam dan menanti..? Fikir-fikirkan bersama.
All praises to Allah.
LuvEverybody. HateNobody.
Inspiring Others & Aspiring to be The Best!
Mohd Nurul Imran Koyube
Presiden iLuvislam.com
iLuvislam di Maahad Ahmadi..Kami Jutawan Dakwah..
Friday, May 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment