Sesungguhnya program kali ini begitu terkesan sekali pada hatiku ...lebih-lebih lagi saat dan detik terakhir aku dan teman-teman fasilitator bersama adik-adik peserta program Hijrah Leadership Camp. Sungguh!! Aku dan teman -teman fasilitator mengakui bahawa peserta program kali ini memang terbaik. Sifat mereka yang begitu menepati waktu, mendengar arahan, bersemangat serta sentiasa memberikan fikrah-fikrah yang bernas amat menarik hatiku bersama-sama teman-teman fasililator untuk lebih lama lagi bersama mereka bagi membantu dan memimpin mereka menjadi pemimpin harapan bangsa satu masa kelak. Namun, apakah daya.. rencah kehidupan, setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan. Detik yang menyedihkan serta sebak pasti berlaku setiap kali program begini diadakan. Aku dan teman-teman juga tidak menafikan perkara sebegitu.
Hari terakhir aku dan teman-teman fasilitator bersama adik-adik peserta kami menjalani aktiviti dengan begitu gembira. Tambahan pula, Kembara Perjuangan yang dijalankan mengeratkan lagi ukhuwah antara teman-teman fasilitator dan adik-adik peserta. Terasa halawatul ukhuwah mengalir disalur darahku dan teman-teman. Walaupun waktu begitu singkat aku dan teman fasilitator tidak pernah merasakan tautan ukhuwah sebegini. Ku harap, moga Ilahi merahmati dan meredhai ukhuwah kami. Majlis penutup begitu menyedihkan aku dan teman-teman fasilitator. Mana tidaknya, wajah adik-adik begitu berat untuk mengakhiri program ni. Tambahan pula, nasyid yang didendangkan oleh Zul Aimin kepada adik-adik begitu menyesap ke dalam kalbu sanubari mereka.Namun aku dan teman-teman fasilitator sempat menghadiahi semua adik-adik dengan senaskhah mathurat sebagai cenderahati dari kami teman-teman fasilitator khusus kepada adik-adik peserta HLC. Ingatlah dan mengertilah bahawa aku dan teman-teman fasilitator begitu menghargai kalian. Ku doakan semoga kalian mampu serta berjaya menjadi pemimpin yang diharapkan oleh pihak sekolah dan ibubapa. Sesungguhnya kita semua merupakan pemimpin. Usah gusar duhai adik... pasti ALLAH itu bersama kalian. Semoga kalian sentiasa sukses dalam setiap apa yang kalian ceburi.
Tidak lupa buat teman-teman fasilitator tersayang, Zaleha, Farah Hana,Fatin Syahira, Wahidah,Zul Aimin,Asri,Fakhriey,Zahid Ali, Farid dan Hafiz. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Semoga ukhuwah kita berpanjangan meskipun ada antara kalian yang akan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Tahniah sahabat!!!! Doaku sentiasa bersamamu. Buat Cikgu Mohamad.. syukran jazilan ilaika.. Terima kasih kerana memberi secebis kepercayaan serta segelas harapan kepada aku dan teman-teman.... Akhir kalam..
1001 Kenangan di Bandar Raja Seri Menanti..
Tuesday, May 4, 2010Salam sesuci titisan qatrunnada,
Buatmu insan seindah,
Penghuni syurga, yang maharnya iman,
dan taqwa seorang insan ..
buatmu sahabat,
ku doakan untaian mutiara solehah,
moga dirimu sentiasa terpelihara dibawah,
naungan Rahmat dan kasihNYA.. Amin..
-Suara hati-
Syuhaida
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
bismillahirahmanirahim....
alhamdulillah..program hlc berjalan dengan lancar...bersyukur sangat dapat dipertemukan dengan cikgu mohamad,abg2 dan kakak2 fasi buat kali kedua(seperti yang abg aimin beritahu)semoga kita semua dapat berkumpul semula agar dapat menimba ilmu disamping mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin dan mendalami jiwa kepimpinan berlandaskan agama islam...wa insyaallah..
Post a Comment