Barisan actor & actress Gema Puisi 09
“Malam Gema Puisi Calon-Calon SPM 09”..Satu-satunya kalimah yang meninggalkan 1001 kenangan manis buat diriku dan teman-teman sebelum pulang ke kampung.Aku dan teman-teman telah dibekalkan dengan satu amanah yang cukup berat untuk dilaksanakan.Namun begitu,segalanya menjadi mudah kerana sahabat-sahabat memberikan kerjasama yang cukup memuaskan dan sukar didapati dimana-mana.Kami diberikan tugasan untuk mendeklamasikan sajak-sajak yang terdapat dalam Antologi Kerusi Tingkatan 5 dengan menggunakan gaya dan kreativiti masing-masing.Tugasan ini kami laksanakan secara berkumpulan.Pada mulanya aku merasakan sukar untuk melakukannya.Akan tetapi,sangkaan itu ternyata tersasar jauh kerana setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggungjawab dan berdedikasi.
Persediaan sebelum pementasan bermula...
Sesi latihan sayembara Sejarah..
Antara sajak-sajak yang aku dan teman-teman persembahkan ialah Sejarah,Keindahan Yang Hilang,Duhai Pentafsir,Di Kota Kecilku,Tukang Gunting,dan Di Ruang Gemanya.Semua sajak ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Malah mapu memberi kesan dihati-hati yang begitu menghayati setiap bait-bait sajak.Latihan demi latihan kami lakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Kata madah pujangga Inggeris.. “PRACTISE MAKE PERFECT” Langkah pertama latihan,kami mulakan dengan perbincangan dalam kumpulan dengan memikirkan gaya persembahan,menghayati nada sajak serta maksudnya dan sebagainya.Secara tidak langsung,perbincangan itu begitu menguji IQ & EQ setiap teman-teman seperjuanganku..
Pada mulanya kami difahamkan,persembahan sajak ini khusus untuk Calon-Calon SPM 09 sahaja.Tiba-tiba guru penasihat kami menjemput semua warga sekolah untuk menyaksikan detik kemuncak Malam Gema Puisi itu.Hal ini membuatkan aku dan teman-teman yang lain lebih gigih berusaha untuk memberikan yang terbaik.
Detik kemuncak semakin hampir.Semua kelengkapan telah disiapkan.Bahangnya begitu terasa.Teman-temanku yang lain begitu bersungguh-sungguh semasa sesi latihan dijalankan.Masing-masing mahu lakukan yang terbaik.
Wajah ceria actress Di Kota Kecilku..
Apabila tibanya saat “Malam Gema Puisi” itu,semua calon-calon SPM 09 telah bersedia untuk mempersembahakn sajak.Saat itu masing-masing hanya mampu berdoa agar semua yang dirancang berjalan dengan lancer.Kerusi-kerusi didewan telah dipenuhi dengan sahabat-sahabat yang lain.Kehadiran mereka itu menambahkan lagi rasa gemuruh di hati setiap calon-calon SPM 09 yang akan menjayakan Malam Gema Puisi itu.
Ilyas-ketua kampung yang berwibawa dalam puisi Sejarah
Tirai malam itu dibuka dengan persembahan pertama dari kumpulan sahabatku.Mereka mempersembahkan satu lakonan yang menceritakan sajak yang bertajuk SEJARAH.Satu persembahan pembukaan yang membuatkan suasana dewan menjadi hangar-binagr diselang-selikan dengan gelak tawa dan tepukan gemuruh daripada penonton yang berada dibawah dewan.
Keindahan yang hilang
Persembahan berikutnya diikuti dengan persembahan sajak-sajak yang lain.Setiap persembahan,disertakan dengan tayangan slide show yang berkaitan serta muzik iringan dan menghuraikan maksud setiap rangkap sajak,tema,persoalan dan pengarah yang terdapat dalam sajak-sajak yang diperdengarkan kepada penonton.
Wajah-wajah riang selepas berjaya melaksanakan tugasan yang diberi..
Tidak dilupakan pengacara majlis yang manis lagi petah berbicara telah berjaya mengendalikan majlis dan menghidupkan suasana pada malam itu.Segalanya bagaikan mimpi.Tempoh satu minggu,kami peruntukkan dengan sebaik-baiknya dan hasilnya amat memuaskan.Aku begitu bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lacar.Terima kasih sahabat!!Penutup malam gema puisi berakhir dengan sesi fotografi calon-calon SPM 09 bersama Cikgu Mohamad.
Sahabat-sahabat tersayang bersama Ckg Mohamad
Di kesempatan ini,aku dan teman-teman seperjuangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohamad bin Aspari,satu-satunya guru yang telah banyak meluangkan masa bersama-sama kami untuk menjayakan Malam Gema Puisi.Malah beliau juga banyak mebuka mata kami untuk mengenali erti pengorbanan yang sebenar.Kata beliau ‘kejayaan memerlukan pengorbanan’.Kata-kata itu sering diulang-ulang demi memastikan dan menyedarkan kami untuk mencapai kejayaan.Insya-Allah kejayaan pasti menjadi milik kami.Salam suksess,salam sayang buat Cikgu Mohamad.Moga dirimu terus suksess membimbing kami ke arah kebenaran dan kejayaan.Segala jasamu begitu bernilai dan sukar untuk kami lupakan…
Cikgu..
Tanpamu siapalah kami,
Berkat kreativitimu yang melimpah,
Berkat usahamu yang tidak pernah sudah,
Kami bukan sahaja berjaya mengukir kalimah indah,
Malah mampu mencipta wadah,
Penerang kegelapan pengukuh keyakinan,
Bagi melakar kejayaan di pentas kehidupan yang
Sarat dengat cabaran,
Budimu cikgu..
Tetap mekar dan harum di hati..
“Sewangi Ambar Kesturi”
Syuhaida
15/5/09
10.23 pm
0 comments:
Post a Comment