Taklimat Ko-kurikulum

Thursday, March 26, 2009

Pada tengah hari 26 mac 2009 yang sungguh hangat dengan panahan sang matahari, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Maahad Ahmadi yang merangkap penasihat kelab ini, iaitu Cikgu Mohamad Bin Aspari telah mengadakan Taklimat Ko-Kurikulum bagi tahun 2008/2009. Tujuan taklimat ini dilangsungkan adalah memberi pendedahan kepada semua pelajar Maahad Ahmadi khususnya pelajar SPM dalam mementukan markah merit bagi aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang telah diadakan dari bulan Januari hingga Mac yang sungguh banyak bagai 'cendawan yang tumbuh selepas hujan'. Semasa taklimat tersebut dijalankan, banyak input-input yang berguna dan berfaedah telah kami, para pelajar peroleh. Para pelajar juga telah menunjukkan respon yang sungguh memberangsangkan. Cikgu Mohamad juga telah menerangkan satu lagi modul yang berguna dan modul tersebut juga merupakan dasar dalam menentukan markah merit para pelajar iaitu cara pengurusan masa menggunakan diari. Hal ini kerana, konsep yang Cikgu Mohamad bawakan ialah menentukan markah merit melalui diari, bukan dari buku khas yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan(JPNS). Itulah salah satu keunikan Maahad Ahmadi. Taklimat ini telah tamat pada pukul 2.35 petang dengan diiringi lagu 'Demi Matahari' nyanyian Snada yang sungguh melemparkan motivasi dalam diri palajar serta mencipta pelajar-pelajar sukses Maahad Ahmadi yang berketerampilan tinggi bagai bangunan pencakar langit. Sesungguhnya pelajar atau remaja merupakan aset negara yang paling penting dalam mencipta tamadun berkualiti. Jadi, teruskan sukses dan nikmati gambar-gambar dibawah dengan senang hati!!!!

gelagat sukses para pelajar muslimin dan muslimat. SUKSES SOKMO!!

0 comments: