Maahad Sukses di Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Tampin

Sunday, March 29, 2009



Pada 28 MAC 2009 bersamaan 3 Rabiul Akhir 1430 hijriah, Maahad terus sukses mengondol hampir keseluruhan acara yang diadakan semalam. Ketibaan kontinjen Maahad Ahmadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Gemas(STAR) pada jam 8 pagi mencemaskan peserta sekolah-sekolah lain di daerah Tampin. Acara bermula tepat jam 8.30 pagi dan berkahir pada jam 12.30 tengah hari dan bersambung hingga jam 2.oo petang. Kemenangan Maahad Ahmadi memartabatkan lagi sekolah-sekolah agama di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Teruskan bersama dengan wajah-wajah sukses!


foto mujahidah sukses sebelum berentap!



selepas menikmati keputusan pertandingan..

Baca Lagi/ Read More...

SUKSES BERSAMA SISWA MENTOR DI SMASKP

Thursday, March 26, 2009

Pada 6-8 Februari 2009,seramai 16 orang fasilitator SUKSES dari Maahad Ahmadi DAN 8 orang mahasiswa dari Universiti Malaya telah berkampung di SMA Sains Kuala Pilah, Selaru untuk menjayakan Program Siswa Mentor ’09 buat julung kalinya. Alhamdulilah, program yang telah dirancang dari hujung tahun 2008 akhirnya terlaksana jua hasil kerjasama dengan Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan(MAINS).

Slot ceramah pertama telah disampaikan oleh Cikgu.Mohamad bin Aspari pada sebelah malam yang telah menerangkan bahawa Beruntungnya Pelajar Aliran Agama & Sains.Terpaku dengan kata-kata ckg mohamad… “You all semua beruntung kerana mendapat pendidikan agama dan sekaligus juga sains.Justeru,gunalah peluang yang ada ini dengan sebaiknya…”Selepas pembentangan slot dari Ckg Mohamad,para peserta diagihkan kepada kumpulan LDK.Riak muka peserta jelas kelihatan ceria dek kerana mendapat rakan-rakan serta akak dan abang fesi yang baru.

Program diteruskan ada hari yang kedua dengan slot ceramah oleh Abang Mohd Asri bin Mohd Jani di bawah tajuk Daya Kreativiti Belajar.Apa yang menariknya dalam slot ini adalah bagaimana cara beliau menarik perhatian peserta dengan menyuruh mereka bertutur dalam pelbagai bangsa.Tidak disangka-sangka,banyak juga bahasa yang boleh dituturkan oleh mereka.Antaranya,bahasa jepun,cina,tamil,arab dan ade juga yang dikatakan boleh bertutur dengan loghat kadazan..Benar kata Abg Asri.. “Parang yang tumpul jika diasah akan menjadi tajam,apakan lagi bakat terpendam mereka..”Seterusnya program diteruskan lagi dengan slot LDK1 yang bertajuk Diriku-Dirimu.Peserta diserahkan kepada fasilitator masing-masing.Slot LDK yang pertama ini berobjektifkan untuk mengikis rasa malu dikalangan peserta lelaki dan perempun bagi menghadapi dunia luar yang memerlukan keyakinan yang jitu untuk bercakap di khalayak ramai.

Seterusnya bagi slot petang itu pula,diteruskan lagi dengan slot ceramah dari Akak Sumayyah dari Universiti Malaya dibawah tajuk Cara Mencatat Nota.Selesai mendengar ceramah,peserta didedahkan dengan slot LDK2 di bawah tajuk DETA (Dengar & Tanya).Objektif slot ini adalah untuk mendedahkan peserta agar memberi tumpuan didalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kepenatan dengan pelbagai slot dan LDK,mereka beriadah pada waktu petangnya.. pelbagai permainan yang dijalankan, antaranya Bom Negara dan tali tautan kasih. Sebenarnya jika dilihat dari sudut positif, bermain dapat menyihatkan badan serta melepaskan tension. Pepatah arab menyatakan akal yang cerdas pada badan yang cergas. Malamnya diskusi ilmiah telah diadakan. Apa yang menarik, ahli panelnya terdiri daripada adik-adik peserta program itu sendiri . Wah, Wah! Hebatnya adik-adik ini bercoleteh sampai seluruh dewan gamat engan diskusi mereka. Apa taknya diskusinya bertajuk ‘cinta remaja, salah siapa. Lelaki atau perempuan’. Akhirnya kemuncak aktiviti pada malam itu diadakan malam muhasabah. Untuk memujuk kembali kesedihan mereka, kami menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk ‘ untukmu teman’. Mereka terharu gembira lalu menitikkan air mata jernih tulus dari hati mereka. Tika itu,aku teringat kata ibuku jika seseorang sedang marah, usah ditambah kemarahan itu dengan kata-kata yang menyakitkan hati tapi redakanlah ia dengan sebuah pujukan….

Keesokkannya,merupakan hari yang terakhir program siswa mentor. Slot LDK yang ketiga membincangkan tentang komunikasi. Para fasilitator diberi modul tentang cerita tipah dan joey. Kami membicangkan tentang siapa yang bersalah. Secara tak langsung , aktiviti ini membuatkan semua peserta mengeluarkan pendapat secara tak langsung menyuruh peserta berfikir fenomena dunia pada hari ini. Kemudian, pada jam 12.30 tengah hari telah diadakan majlis penutupan program siswa mentor..Saudari Fatin Syahira selaku pengerusi majlis telah mengelola majlis ini dengan sebaik mungkin.seharusnya, saat kemuncak tedapat sebuah slide show.Namun,bekalan eletrik yag terputus secara tiba-tiba mengecewakan kami. Majlis berakhir pada jam 1.30 petang.Lumrah alam,Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. “Duhai adik..usahlah tangisi perpisahan yang berlaku..berjanjilah dengan kami…belajar rajin-rajin..kuatkan semangat dan yakinkan diri adik-adik untuk berani berkata-kata dihadapan orang..Adik-adik..we are khalifah of ALLAH..Ada rezeki, kita bertemu semula..Mungkin pertemuan yang baru, adalah lebih bermakna bagi diri kita emua..Berjanji ye dengan akak..”Begitulah kata-kata terakhir yang diberikan oleh akak-akak fasilitator sebelum meninggalkan mereka….Selamat tinggal adik….

Fasilitator sukses

sukses...

kami pun sukses juga..

wajah gembira adik-adik..

kami sayang kakak..

aimin dan zaki bergembira sukses..

CATATAN FATIN&ZALEHA
Program Siswa Mentor ’09..6-8 Februari 2009

Baca Lagi/ Read More...

KEJOHANAN PING PONG MSSMD TAMPIN,Maahad Ahmadi terus Sukses!

Pada 2-3 Februari 2009,Pasukan Pingpong Maahad Ahmadi telah menyertai Kejohanan Ping Pong peringkat MSSDT di Sek. Men. Bukit Rokit,Gemencheh.Seramai 22 orang peserta telah menyertai kejohanan ini dengan diiringi oleh 3 orang guru iaitu Ust.Hilmi,Ckg.Wan & Ckg.Azlina.Sebelum hari perlawanan,kami telah berlatih selama 2 minggu bagi mengekalkan prestasi kami.Perlawanan bermula pada jam 8.30 pagi setelah pendaftaran dilakukan oleh semua pengurus pasukan.Hari pertama iaitu pada 2 Februari,perlawanan ping pong bawah 15 tahun menjadi semakin sengit apabila wakil bergu(L) dari Maahad Ahmadi berjaya tampil ke peringkat separuh akhir.Namun demikian mereka akhirnya kecundang dan tidak layak untuk mara ke peringkat akhir.



gelagat peserta ketika 'pose',sukses!



Pada hari yang ke-2,kejohanan pingpong diteruskan dengan perlawanan beregu dan perseorangan bawah 18 tahun.3orang peserta perempuan berjaya ke peringkat suku akhir iaitu fatin,faiz dan saiyida.Namun,hanya seorang sahaja peserta perempuan yang berjaya ke mara ke peringkat separuh akhir dan sekaligus menempatkan diri dalam kedudukan yang ke-3.Begitu juga dengan beregu perempuan,hanya berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan meraih tempat ke-3 dalam perlawanan ini.

Bagi peserta lelaki bawah 18 tahun pula,hanya seorang sahaja peserta yang mampu bertahan untuk mara ke peringkat separuh akhir dan sekali gus meraih tempat ke-2 dalam perlawanan ini bagi kategori perseorangan.Majlis penutupan diadakan pada jam 3.00 petang dengan dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tampin.Seramai 3 orang peserta dari Maahad Ahmadi terpilih untuk mewakili Daerah Tampin bagi menyertai Kejohanan Ping Pong MSSMNS pada 12 Februari 2009.Mereka yang terpilih ialah Mohd Huzair,Mohd Naqiuddin,dan Nurfatin Syahira.Tahniah diucapkan kepada mereka.Benarlah kata guru…”kejayaan tidak akan mampu dikecapi tanpa usaha yang jitu..”Marilah kita saksikan aksi-aksi hebat mereka..Suksess!!



Senyuman sukses, Naib Johan Acara Perseorang Ping Pong MSSMD Tampin 2009 Aksi sukses Muhd Huzair!!teruskan sukses!!Serve Sukses Nur Fatin!


Catatan Peserta:ANISAH-Peserta Pingpong MSSDT 2009
2-3 Februari 2009-SMK Bukit Rokan



Baca Lagi/ Read More...

Program Terbaru!!

Bismillahirrahmanirrahim..Bertemu kita warga sukses didalam alam maya ini. Kali ini kami hendak menyampaikan berita gembira iaitu sambungan bagi Program Remaja Sukses. Program ini akan berlansung di SMRA Repah pada 5 April 2009 ini. Jadi warga sukses yang berminat bolehlah mendaftar nama. Sedikit butiran tentang program yang bakal berlangsung:

Tarikh: 5 APRIL 2009
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Rendah Agama Repah
Sasaran penyertaan: Peserta Program Remaja Sukses siri 1 dan Pelajar SMRA Repah
Anjuran: Kelab Remaja Sukses Maahad Ahmadi dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Islam Taman Indah, SMRA Repah, dan Seketriat Mahasiswa/wi Timur Tengah SMATT
Tentatif:
8.00 pg: Sesi Pendaftaran dan Sarapan Pagi
8.30 pg : Taklimat Budaya Program
8.45 pg : Sesi Ceramah 1-Keunggulan ESQ Kecemerlangan Akademik
10.00: Rehat
10.30 pg: Sesi Ceramah 2- Kreativiti Pemangkin Kejayaan Akademik
12.30 tgh: Rehat/Makan/Solat Zuhur
2.00ptg: Sesi Bengkel bersama Fasilitator Sukses
4.00ptg: Majlis Penutup
Untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar, hubungi Cikgu Mohamad ditalian:
hp:0172131208
office: 06-4316053
"Semoga menghadapi hari dengan sukses"
Baca Lagi/ Read More...

Taklimat Ko-kurikulum

Pada tengah hari 26 mac 2009 yang sungguh hangat dengan panahan sang matahari, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Maahad Ahmadi yang merangkap penasihat kelab ini, iaitu Cikgu Mohamad Bin Aspari telah mengadakan Taklimat Ko-Kurikulum bagi tahun 2008/2009. Tujuan taklimat ini dilangsungkan adalah memberi pendedahan kepada semua pelajar Maahad Ahmadi khususnya pelajar SPM dalam mementukan markah merit bagi aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang telah diadakan dari bulan Januari hingga Mac yang sungguh banyak bagai 'cendawan yang tumbuh selepas hujan'. Semasa taklimat tersebut dijalankan, banyak input-input yang berguna dan berfaedah telah kami, para pelajar peroleh. Para pelajar juga telah menunjukkan respon yang sungguh memberangsangkan. Cikgu Mohamad juga telah menerangkan satu lagi modul yang berguna dan modul tersebut juga merupakan dasar dalam menentukan markah merit para pelajar iaitu cara pengurusan masa menggunakan diari. Hal ini kerana, konsep yang Cikgu Mohamad bawakan ialah menentukan markah merit melalui diari, bukan dari buku khas yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan(JPNS). Itulah salah satu keunikan Maahad Ahmadi. Taklimat ini telah tamat pada pukul 2.35 petang dengan diiringi lagu 'Demi Matahari' nyanyian Snada yang sungguh melemparkan motivasi dalam diri palajar serta mencipta pelajar-pelajar sukses Maahad Ahmadi yang berketerampilan tinggi bagai bangunan pencakar langit. Sesungguhnya pelajar atau remaja merupakan aset negara yang paling penting dalam mencipta tamadun berkualiti. Jadi, teruskan sukses dan nikmati gambar-gambar dibawah dengan senang hati!!!!

gelagat sukses para pelajar muslimin dan muslimat. SUKSES SOKMO!!

Baca Lagi/ Read More...

Lagu Tema Baru Kami!

Selepas 3 bulan kami beraktiviti akhirnya baru kami temui lagu yang serasi dengan jiwa Kelab Remaja Sukses. lagu yang dimaksudkan ialah "Demi Matahari" nyanyian Kumpulan Snada. Teruskan sukses bersama lagu terbaru kami. Baca Lagi/ Read More...

Sambutan Maulid Ar-Rasul Peringkat Sekolah

Thursday, March 12, 2009

Bismillah..Bertemu kembali di ruangan siber...Dikala gerimis turun renyai-renyai membawa rahmat dari tuhan yang Esa..Kedatangan Al-Fadhil Dr. Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri bagai pucuk dicita ulam mendatang. Al-Fadhil Dr Zulkifli Al-Bakri merupakan tenaga pengajar di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dan juga merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa N.Sembilan. Beliau yang berasal dari Terengganu banyak berkhidmat kepada masyarakat melalui Penulisan, Ceramah, Seminar dan banyak lagi. Antara isi yang dikupas oleh Al-Fadhil Dr berkenaan dengan faktor-faktor sekolah menjadi cemerlang, terbilang, dan gemilang khususnya sekolah-sekolah agama. Antaranya ialah faktor pentadbiran yang cemerlang, guru-guru yang ikhlas, dan murid-murid cemerlang dari sudut sahsiah. Ceramah beliau tamat pada jam 10.30 pg selepas tamat sesi soal jawab. Kehadiran Al-Fadhil menjadi ingatan para pelajar.

Dr Zulkifli sedang melontarkan buah fikirannya

Perbincangan bersama Tn .Pengetua

Baca Lagi/ Read More...

‘REMAJA HARI INI PEMIMPIN MASA HADAPAN’

Monday, March 9, 2009


Aku ialah pelajar Maahad Ahmadi yang terpilih untuk mengikuti kursus kecemerlangan siri dua. Diri bukanlah seperti mana yamg disangka,tetapi diriku hanya insan biasa yang terdampar dalam kelompok ahli pemikir dunia. Kerdil sungguh diri ini. Program tersebut diadakan di Saujana Asahan,Melaka. Aku melihat ramai cendekiawan dari sekolah lain yang turut menghadiri kursus selama tiga hari dua malam itu. Diriku beruntung telah dipilih untuk turut serta menjayakan kursus tersebut. Kursus di Saujana Asahan ini sememangnya menjanjikan aktiviti-aktiviti yang mungkin menjadi seribu satu lipatan memori di minda setiap insan yang mengikutinya. Aktiviti yang telah menarik perhatian itu ialah jungle tracking. Diriku banyak menimba ilmu pengetahuan mengenai herba di hutan. Selain itu,aktiviti yang diadakan ialah flying fox.
Diriku juga mencubanya. ‘Wah hebat,seronok sekali seperti layang-layang.’ Itulah pengalaman yang akan ku ingati sampai bila-bila. Selain itu,ialah malam muhasabah. Malam ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama para peserta. Seronok. Tak mampu untuk digambar dan diungkap dengan lisan mahupun tulisan. Demikian pengalamanku sebagai peserta program kecemerlangan.

saat aku dipelukanmu...

diajar menjadi kental..


KHAIRUL ANUAR KHALID

Peserta Program Kecemerlangan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan






Baca Lagi/ Read More...