Tepat jam 2.25 pm pada 26/6/2010,kami tiba di MRSM,Gemencheh.Dengan perasaan yang bercampur baur,gembira,suka,gementar kerana bakal berjumpa dengan pelajar-pelajar Tingkatan 5,MRSM Gemencheh seramai 227 orang,kami langkahkan jua kaki menuju ke Perpustakaan sekolah itu.
Agak sedikit terkejut dengan suasana maktabah,namun itu tidak menjadi halangan pada kami.Urusan teknikal diserahkan kepada Saudara Zulaimin.Cikgu-cikgu di situ sedikit terkejut kerana kami siap membawa LCD,speaker & microphone sendiri.Program dimulakan jam 4.00 pm.Dimulakan dengan ucapan oleh Abang Sabri,selaku ketua fasi,pengarah program merangkap YDP PEMANIS(Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan).Seterusnya,diteruskan dengan ceramah oleh Cikgu Mohamad bin Aspari dengan tajuk "SCIENCE OF SUCCESS"..Siapa suksess.??SAYA & ANDA...!!!
Kuliah maghrib pada malam itu dibawa oleh Saudara Asri,CEO Akademi Sukses.Dengan tajuk "ATAS NAMA CINTA"..cinta kepada Allah,cinta kepada rasul,cinta kepada ibu bapa,guru-guru,& cinta kepada sahabat..Membawa beberapa prinsip-prinsip seperti Prinsip Perkongsian(Law of Gift).."MORE U GIFT,MORE U GET"..Selalulah berkongsi dengan orang lain akan apa yang anda miliki..Begitulah sedikit sentuhan yang dilakukan oleh Saudara Asri pada kuliah maghrib di MRSM,Gemencheh dengan diakhiri lagu Demi Matahari yang kian menambat hati adik-adik.
Seterusnya,program dijalankan dengan pembahagian kumpulan & melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK) bersama fasilitator membincangkan masalah-masalah,kehidupan,cita-cita& sedikit perkongsian pengalaman..What you feel.??what u want.??what u get.??
27 Jun 2010..Qiamullail dijalankan pada jam 5.15 am..Seusai solat subuh,kuliah subuh pula dibawa oleh Saudari Zaleha,juga CEO Akademi Suksess dengan membawa tajuk "Road to Success"..Who are you.???Berkongsi pengalaman & kejayaan bersama adik-adik,membuatkan adik-adik sedikit terpegun dengan kejayaan Kak Zaleha..Berjaya merangkul 10 A dalam SPM,& bercita-cita untuk menjadi seorang moderator & trainer.."Adik-adik,focus.!Hijrah dalam setiap perbuatan kalian & tulislah jejak-jejak mimpi untuk meraih kejayaan.."
JANGAN TAKUT UNTUK BERMIMPI BESAR..!!
KERANA DARI MIMPI ITU,KITA JADIKAN IA SEBAGAI SATU REALITI..~
0 comments:
Post a Comment