Malam Gema Puisi 09

Saturday, May 16, 2009

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Dengan kalimah suci inilah aku mulakan coretanku lewat malam ini.Tanggal 8 Mei 2009 yang lalu merupakan detik yang paling bermakna dan bahagia buat diriku dan teman-teman seperjuangan.. “calon-calon SPM 09”..Aku yakin dan pasti detik itu akan segar dalam lipatan memori biarpin sehingga aku dan teman-teman meniti hari-hari tua kami nanti.Pada masa yang sama,hatiku terdetik,apakah mungkin saat manis ini ku kecapi untuk kali kedua.Oh,jawapannya amat sukar ditafsirkan.Aku juga yakin,perasaan ku kala ini persis seperti teman-temanku yang lain.Doaku dalam hati,moga Allah memanjangkan lagi ukhwah kami dan terima kasih ya Allah kerana mengizinkan aku dan teman-teman mengecapi nikmat kebahagiaan walaupun hanya untuk seketika.

Barisan actor & actress Gema Puisi 09


“Malam Gema Puisi Calon-Calon SPM 09”..Satu-satunya kalimah yang meninggalkan 1001 kenangan manis buat diriku dan teman-teman sebelum pulang ke kampung.Aku dan teman-teman telah dibekalkan dengan satu amanah yang cukup berat untuk dilaksanakan.Namun begitu,segalanya menjadi mudah kerana sahabat-sahabat memberikan kerjasama yang cukup memuaskan dan sukar didapati dimana-mana.Kami diberikan tugasan untuk mendeklamasikan sajak-sajak yang terdapat dalam Antologi Kerusi Tingkatan 5 dengan menggunakan gaya dan kreativiti masing-masing.Tugasan ini kami laksanakan secara berkumpulan.Pada mulanya aku merasakan sukar untuk melakukannya.Akan tetapi,sangkaan itu ternyata tersasar jauh kerana setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggungjawab dan berdedikasi.

Persediaan sebelum pementasan bermula...

Sesi latihan sayembara Sejarah..

Teman-teman yang setia menjayakan sesi persembahan..

Antara sajak-sajak yang aku dan teman-teman persembahkan ialah Sejarah,Keindahan Yang Hilang,Duhai Pentafsir,Di Kota Kecilku,Tukang Gunting,dan Di Ruang Gemanya.Semua sajak ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Malah mapu memberi kesan dihati-hati yang begitu menghayati setiap bait-bait sajak.Latihan demi latihan kami lakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Kata madah pujangga Inggeris.. “PRACTISE MAKE PERFECT” Langkah pertama latihan,kami mulakan dengan perbincangan dalam kumpulan dengan memikirkan gaya persembahan,menghayati nada sajak serta maksudnya dan sebagainya.Secara tidak langsung,perbincangan itu begitu menguji IQ & EQ setiap teman-teman seperjuanganku..

Pada mulanya kami difahamkan,persembahan sajak ini khusus untuk Calon-Calon SPM 09 sahaja.Tiba-tiba guru penasihat kami menjemput semua warga sekolah untuk menyaksikan detik kemuncak Malam Gema Puisi itu.Hal ini membuatkan aku dan teman-teman yang lain lebih gigih berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Detik kemuncak semakin hampir.Semua kelengkapan telah disiapkan.Bahangnya begitu terasa.Teman-temanku yang lain begitu bersungguh-sungguh semasa sesi latihan dijalankan.Masing-masing mahu lakukan yang terbaik.

Wajah ceria actress Di Kota Kecilku..


Apabila tibanya saat “Malam Gema Puisi” itu,semua calon-calon SPM 09 telah bersedia untuk mempersembahakn sajak.Saat itu masing-masing hanya mampu berdoa agar semua yang dirancang berjalan dengan lancer.Kerusi-kerusi didewan telah dipenuhi dengan sahabat-sahabat yang lain.Kehadiran mereka itu menambahkan lagi rasa gemuruh di hati setiap calon-calon SPM 09 yang akan menjayakan Malam Gema Puisi itu.

Ilyas-ketua kampung yang berwibawa dalam puisi Sejarah


Tirai malam itu dibuka dengan persembahan pertama dari kumpulan sahabatku.Mereka mempersembahkan satu lakonan yang menceritakan sajak yang bertajuk SEJARAH.Satu persembahan pembukaan yang membuatkan suasana dewan menjadi hangar-binagr diselang-selikan dengan gelak tawa dan tepukan gemuruh daripada penonton yang berada dibawah dewan.

Keindahan yang hilang


Persembahan berikutnya diikuti dengan persembahan sajak-sajak yang lain.Setiap persembahan,disertakan dengan tayangan slide show yang berkaitan serta muzik iringan dan menghuraikan maksud setiap rangkap sajak,tema,persoalan dan pengarah yang terdapat dalam sajak-sajak yang diperdengarkan kepada penonton.

Wajah-wajah riang selepas berjaya melaksanakan tugasan yang diberi..


Tidak dilupakan pengacara majlis yang manis lagi petah berbicara telah berjaya mengendalikan majlis dan menghidupkan suasana pada malam itu.Segalanya bagaikan mimpi.Tempoh satu minggu,kami peruntukkan dengan sebaik-baiknya dan hasilnya amat memuaskan.Aku begitu bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lacar.Terima kasih sahabat!!Penutup malam gema puisi berakhir dengan sesi fotografi calon-calon SPM 09 bersama Cikgu Mohamad.

Sahabat-sahabat tersayang bersama Ckg Mohamad

Sahabat-sahabat muslimin yang sentiasa suksess bersama cikgu..

Di kesempatan ini,aku dan teman-teman seperjuangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohamad bin Aspari,satu-satunya guru yang telah banyak meluangkan masa bersama-sama kami untuk menjayakan Malam Gema Puisi.Malah beliau juga banyak mebuka mata kami untuk mengenali erti pengorbanan yang sebenar.Kata beliau ‘kejayaan memerlukan pengorbanan’.Kata-kata itu sering diulang-ulang demi memastikan dan menyedarkan kami untuk mencapai kejayaan.Insya-Allah kejayaan pasti menjadi milik kami.Salam suksess,salam sayang buat Cikgu Mohamad.Moga dirimu terus suksess membimbing kami ke arah kebenaran dan kejayaan.Segala jasamu begitu bernilai dan sukar untuk kami lupakan…

Cikgu..
Tanpamu siapalah kami,
Berkat kreativitimu yang melimpah,
Berkat usahamu yang tidak pernah sudah,
Kami bukan sahaja berjaya mengukir kalimah indah,
Malah mampu mencipta wadah,
Penerang kegelapan pengukuh keyakinan,
Bagi melakar kejayaan di pentas kehidupan yang
Sarat dengat cabaran,
Budimu cikgu..
Tetap mekar dan harum di hati..

“Sewangi Ambar Kesturi”

Syuhaida
15/5/09
10.23 pm
Baca Lagi/ Read More...

Program Kerohanian Pelajar Terbilang (PROKEPT 09)

Friday, May 15, 2009


Pada 30 april- 2 mei 2009, bertempat di Pusat Kecemerlangan Murid, Rembau, Negeri Sembilan, telah diadakan sebuah Program Kerohanian Pelajar Terbilang (PROKEPT 09) anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Jempol dengan kerjasama Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan dan Maahad Ahmadi.Sasaran peserta adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 5. S eramai 18 orang fasilititor terdiri daripada 10 lelaki dan 8 orang perempuan telah mengikuti program ini.
Barisan fesi ITQAN yang turut sama menjayakan program..


Di saat lagu tema bergema diseluruh dewan lewat petang itu..


Barisan fesi yang hebat dan mantap dalam program ini...

Tepat jam 6 petang, kesemua peserta diarahkan ke dewan untuk sesi taklimat dan sesi penyerahan peserta kepada fasilitator. Kesemuanya berjalan dengan baik pada waktu ini. Ketika malamnya, slot kembara ESQ oleh En. Mohamad b Aspari telah berjalan. Slot ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan kesungguhan pelajar kepada kepentingan budaya ilmu. Hal ini kerana mereka yang hadir adalah peserta yang terdiri daripada peserta kelas D,E dan F iaitu kelas yang hujung. Di sini aku berasa teruji ialah apa tidaknya ketika mereka disuruh membuat 100 target, mereka hanya membiarkan kertas mereka kosong, sekosong hati mereka yang tandus dengan ilmu dan rohani. Namun pun begitu, aku dan kesemua fasilitator tidak akan cepat melatah, cikgu muhamad telah merangsang impian mereka kembali dengan pelbagai video yang berunsur motivasi.Akhirnya, pelbagai impian telah ditulis untuk kepentingan masa depan mereka pada masa akan datang.

Slot pada hari pertama berakhir pada jam 11 setengah malam.Ketika ini aku dihambat rasa semangat yang berkobar untuk membantu saudara seislam agar mereka tidak lari dari pegangan syariat islam. Insyaallah, semoga aku mampu menghadapi karenah mereka dengan penuh kesabaran . Esoknya, 1 mei ,jam 4:30pagi, Ldk 1 iaitu amali wudhu telah dijalankan. Alhamdulilah kumpulanku tidak mempunyai masalah dalam hal ini. Namun pun begitu, ketika ldk2, 3, dan4, kesabaran teruji lagi apbila mereka tidak tahu bacaan ketika dalam solat bahkan bukan itu sahaja mengucap dua kalimah syahadah juga mereka tidak tahu.Allah! Sesungguhnya aku bersyukur padamu kerana mencampakkan cinta kepada agama islam sehingga aku mampu mencurahkan praktikal ilmu yang ku pelajari kepada mereka. Sungguhpun banyak yang mereka tidak ketahui, kami para fasilitator sentiasa berusaha untuk membantu sedaya mungkin. Jauh di sudut hatiku, aku berharap seandainya mereka diberi banyak pendedahan tentang solat, pasti mereka akan sedar tentang kepentingan solat dalam kehidupan ini.
Disaat riadhah yang berjaya ku ukir senyumanmu...
Adik fesiku yang suksess sokmo..Suksess dik..

Teringat memori bersama adik-adik dalam slot LDK..

Aku berpendapat, waktu yang paling menarik adalah ketika berada dalam kumpulan. Hal ini kerana apabila mereka berada dalam dewan,segala arahan yang diberi tidak dipatuhi malah tidak dipeduli. Aku sedih sekali melihatkan keadaan ini. Namun pun begitu, semangat kami tidak akan goyah dengan situasi ini. Ketika slot ust. Amiza malamnya, iaitu The Truth Success telah diadakan sesi muhasabah. Alhamdulilah, akhirnya jiwa yang gersang telah berjaya diketuk dengan cahaya iman telah membuatkan mereka menitiskan air mata syahdu dek dosa-dosa lampau yang telah dilakukan.Alhamdulilah, thank you, Allah! Lalu,kami , para fasilitator menjalankan tugas kami dengan memujuk mereka dengan penuh kasih sayang. Doaku moga mereka akan berubah dan kekal dalam keadaan iman.Amin.
Wajah-wajah ceria adik-adik SMKSJ..

2 mei adalah merupakanhari yang terakhir program, hatiku diruntun rasa sayu. Apa tidaknya, tidak sanggup rasanya untuk membiarkan mereka terumbang –ambing ibarat camar yang kepatahan sayapnya. Hal ini kerana mungkinkah akan ada program sebegini untuk mereka lagi.Hatiku tertnya-tanya. Hanya pada Allah Tawakalku diatas segala tunjuk ajar yang kami berikan. Moga rahmat iman dan islam bersamamu. Pagi ini seawal jam 4:45 pagi, kesemua peserta telah dikejutkan untuk berqiamulail bagi membersihkan jiwa. Usai pula solat subuh, mereka diarahkan ke dewan untuk sesi tazkirah. Selalunya, tazkirah pagi dikelolai oleh lelaki, namun pagi ini terasa istimewa kerana saudari zaleha yang membawa slot ni.Ia dia seorang peremuan,semetelahan lagi, Akulah orangnya, he he siapa lagi.Oleh kerana,program ini adalah program aku yang terakhir aku untuk tahun ini sebelum SPM, aku ingin memberi input semanfaat mungkin kepada mereka. Yang terakhir disini bukan beerti penghabisan ,tetapi perjuangan akan tetap diteruskan, pastinya dalam pelbagai cara. Kata-kata inilah yang aku katakan kepada cikgu Mohd, lewat malam tadi. Usai aku memberi tazkirah, tidak semena-mena tepukan gemuruh pelajar kedengaran. Aku jadi terharu. Kemudian,ucapan “tahniah, ustazah!” daripada guru disana dan kawan-kawan bertali arus datang kepadaku. Terima kasih kepada kalian kerana sudi memberi semangat dan sokongan kepadaku selama ini. Aku akan terus mendoakan kehidupan kalian terus suksess, insyaallah. Kalian, fasilitator maahad dan tahfiz, semoga teruskan perjuangan dan jangan patah semangat untuk terus berjuang fi sabililah!
Sahabat yang setia disisi di saat mengikuti program-program suksess..


Suksess selalu buatmu Fatin..Najjah buatmu jua SPM 09


Terima kasih teman-teman fesi...


Sesungguhnya, aku tidak mengharapkan pujian melangit daripada mereka, namun aku berharap adik-adik dan kesemua peserta mendapat maklumat yang berharga daripada tazkirahku yang bertajuk 4s iaitu “suka,sayang,suksess dan sayu.”tajuk ini berkisar tentang remaja, bersesuaian dengan jiwaku dan kalian. Semoga mereka memperoleh manfaat, jika tidak banyak,sedikit pun sudah memadai padaku.
Kemudian, Ldk yang terakhir, iaitu praktikal penuh solat telah berjalan lancar sepertimana yang kami semua harapkan. Akhirnya, program ini berakhir dengan majlis penutupan dan salam ukhuwwah antara peserta dan fasilitator. Harapanku kepada kalian, semoga kalian akan menjadi manusia berguna tidak kira kepada kelurga, sekolah masyarakat dan bangsa.Ingatlah pesanku, dunia ini hanya mampu dikuasai oleh manusia yang bersemangat waja dan berfikiran matang yang terdiri daripada manusia yang bernama ‘REMAJA’! Oleh itu, marilah kita bersama bangunkan islam untuk kepentingan ummah,wahai rakan seperjuangan sekalian! Semoga suksess selalu. Salam perjuangan ,salam ukhuwwah, salam mesra , salam mahabbah kerana Allah buatmu peserta PROKEPT09, guru-guru SMK Seri Jempol, Ust. Amiza, Cg.Mohamad dan kesemua fasilitator Tahfiz dan Maahad Ahmadi! Terima kasih semuanya.


Catatan zaleha92,
Candidate SPM09,
Pasir besar,12;52pm.
Baca Lagi/ Read More...