2 Bulan umpama 2 Tahun…Sanggupkah Kita?

Friday, February 19, 2010

Selamat bertemu kembali teman-teman pengunjung blog Kelab Remaja Sukses. Tahun 2010 telah memasuki 50 hari! Apa yang telah kita capai dalam tempoh masa dari 1 Januari hingga sekarang? Apa yang telah saya peroleh dalam waktu yang terdekat ini dan adakah apa-apa yang telah diri ini capai benar-benar menepati cita-cita dan impian diri pada tahun 2010? Insya Allah tekad dan keazaman tahun lalu diteruskan pada tahun ini dan program-program yang dicita-citakan diperbaiki pada tahun 2010 ini. Untuk menjadi seorang yang sukses bukan mudah. Pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadi seorang yang sukses. Begitulah suksesnya Nabi Muhammad dalam menyebarkan dakwahnya kepada kaum musyirikin sehingga Islam akhirnya menakluk 2/3 bumi ini. Subhanallah, itulah dia hasil perjuangan yang murni.

Indahnya ukhwah jika terus istiqamah dengan perjuangan.

Begitu juga dengan kita, untuk menjadi seorang insan yang memberikan manfaat kepada orang lain pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi. Wahai teman seperjuanganku!, janganlah sesekali kita menoleh kebelakang, ayuh mara kehadapan. Berkorbanlah walau sedikit kerana perjuangan itu memerlukan perngorbanan. Memang itu sunnah perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Tiada kejayaan yang tiada pengorbanan. Rakan-rakan yang sudah luntur keazamannya, ingatlah, jika tidak kita lakukan ini siapa lagi?! Semoga perjuangan kita hari ini diredhaiNya dan mendapat keampunanNya. Wallhua'lam.
~ditulis oleh alfaQir~


Meniti jalan menjadi seorang penggegar dunia! Baca Lagi/ Read More...