Analisis AJL

Saturday, January 23, 2010

http://idhamlim.blogspot.com

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24,
mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;





Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.





* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah


Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

Baca Lagi/ Read More...

SEGUNUNG KENANGAN...

Wednesday, January 13, 2010

Ku mulai warkah ini dengan lafaz bismillahirrohmanirrahim..
Pertamanya….ku ungkapkan jutaan terima kasih buat cikgu Mohd yg telah banyak membantu aku & rakan-rakan dalam melayari bahtera di MANS sepanjang tahun 2009..Walaupun kami berada dalam tahun peperiksaan,tpi tidak mustahil kami juga mampu utk menolg remaja2 di luar sana…
Sebenarnya,aku sendiri tidak mengerti apa yang perlu aku coretkan di dalam ruangan ini….huh…Segala-galanya bermain di minda…
Satu persatu kenangan indah di MANS terbit di ruangan hati ini…Gunung Kinabalu,KembaQ,Siswa Mentor,Saujana Asahan,..Banyak kenangan yang telah aku dan rakan-rakan cipta bersama…sehinggakan di saat akhir tahun 2009,kami masih lagi melakukan satu program untuk pelajar SPM 2010,Rakan Budaya Belajar..
Tahniah buat rakan-rakan yang telah bersama-sama menjayakan program tersebut…Akhirnya,selepas sebulan bertungkus-lumus dalam menghasilkan modul & persiapan,segala-galanya berjalan lancar.Tahniah buat Ckgu Mohd yg telah banyak berkorban dalam program ni..Terima kasih juga buat Ustaz Syazwan Amir & Abg Hazwan yg telah sama-sama menjayakan..
Selamat Tahun Baru juga diucapkan kepada semua umat Islam..moga tajdid niat & azam yang lama…Perubahan dilakukan dengan penuh yakin…Lebih baik dari yang terdahulu..
Selamat datang juga diucapkan kepada semua ahli baru Kelab Remaja Sukses 2010…Moga kehadiran kalian dapat membina semangat baru & menubuhkan 1 pasukan yang lebih mantap…Kepada semua AJK KRESS 2010,latihlah minda kalian dengan memperbaharui segala usaha anda.!Kalian boleh,kerana kalian adalah insan yang terpilih untuk menerajui kepimpinan SUKSESS ini…Apa yang penting.?KERJASAMA…
Tahun 2010..
Bakal merubah Kelab Remaja Sukses
ke arah yang lebih baik & cemerlang...
Lagu tema terbaru kami..."Hijrah Perjuangan"

~Salam suksess dari bumi Tarbiyah~

::Suara Hati_Fatin Syahira::


Baca Lagi/ Read More...