Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Remaja Sukses 2010

Monday, March 29, 2010

Alhamdulillah wa syukurillah kerana dapat lagi kita bersama-sama bersua dalam satu realiti yang kita sendiri bina.Ya!!!!!Blog Kelab Remaja Sukses.Saya Muaz Bin Omar selaku Pengerusi Kelab Remaja Sukses bagi sesi 2010 ingin menyampaikan salam perjuangan serta ucapan jutaan terima kasih khususnya kepada Guru Sukses,Cikgu Mohamad Bin Aspari dan kepada semua ahli kelab ini kerana atas sokongan dan kerjasama anda dalam memilih saya sebagai pengerusi kelab ini.Terima kasih juga saya ucapkan pada Ahli Jawatankuasa Kelab Remaja Sukses bagi sesi 2009 kerana telah berusaha melunaskan segala program dan aktiviti kelab ini pada tahun lepas.Alhamdulillah wa syukurillah kerana dapat lagi kita bersama-sama bersua dalam satu realiti yang kita sendiri bina.Ya!!!!!Blog Kelab Remaja Sukses.Saya Muaz Bin Omar selaku Pengerusi Kelab Remaja Sukses bagi sesi 2010 ingin menyampaikan salam perjuangan serta ucapan jutaan terima kasih khususnya kepada Guru Sukses,Cikgu Mohamad Bin Aspari dan kepada semua ahli kelab ini kerana atas sokongan dan kerjasama anda dalam memilih saya sebagai pengerusi kelab ini.Terima kasih juga saya ucapkan pada Ahli Jawatankuasa Kelab Remaja Sukses bagi sesi 2009 kerana telah berusaha melunaskan segala program dan aktiviti kelab ini pada tahun lepas.

Diharapkan agar kalian masih bersama-sama kami dalam meneruskan perjuangan kita yang tiada penghujungnya.Kami juga akan mencuba sedaya upaya mengangkat dan menjulang nama kelab ini bukan sahaja di bumi adat perpatih ini malah ke persada dunia.Insya-Allah.

Nabi Muhammad(S.A.W) pernah bersabda:Remaja adalah tunjang pembangunan sesebuah negara,jika rosaknya akhlak mereka maka akan goyahlah sesebuah Negara tersebut.Sebagai seorang remaja yang juga beragama Islam pada zaman teknologi yang kian membangun ini, kita sering alpa dengan tanggungjawab kita sebagai tujang negara dan agama.Oleh itu,kita semua bertanggungjawab untuk memajukan negara dan agama.Tidak susah seseorang itu untuk menjadi senang dan segalanya datang diri mereka sendiri.Allah telah berfirman dalam Al-Quran:Aku(Allah) tidak akan mengubah sesuatu kaum itu selagi mereka tidak mengubah diri mereka sendiri.Jadi,rakan-rakan,sahabat handai dan adik-adik,marilah kita berganding bahu dan tenaga untuk memajukan lagi negara malah agama kita sendiri.Akhir kata,terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada penaung tertinggi Kelab Remaja Sukses,Cikgu Mohamad Bin Aspari yang bertungkus-lumus menubuhkan kelab ini.Saya seru agar kalian menyertai gerakan perjuangan ini bersama-sama kami di dalam Kelab Remaja Sukses.Semoga kita dapat bersama-sama menyusuri onak dan duri dalam meningkatkan kedudukan serta martabat Kelab Remaja Sukses di mata masyarakat seantero dunia.SALAM PERJUANGAN DAN SALAM SUKSES!!!!!!!!!!....SUKSES SELALU YA!!!!!SIAPA SUKSES?????SAYA DAN ANDA……sekian,al-faqir ibnu Omar.








Baca Lagi/ Read More...