KEM INSPIRASI SERIKANDI SUKSESS

Thursday, June 18, 2009


Remaja merupakan aset yang paling berharga bagi negara.Hal ini kerana golongan remaja merupakan waris yang bakal menerajui kepimpinan dan kemajuan negara pada masa hadapan.Justeru,ereka perlu dilengkapkan dengan kemantapan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.Menyedari hakikat tersebut,Unit Pembangunan Modal Insan dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menyediakan inisiatif dengan menganjurkan program yang dikenali sebagai KEM INSPIRASI SERIKANDI SUKSESS untuk serikandi Maahad Ahmadi yang bakal menjadi tunggak utama negara mascapadana ini.
Objektif

· Memupuk keprihatinan serikandi untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup.
· Membina peribadi serikandi muslimah yang berdaya saing, berkepimpinan,kreatif dan produktif.
· Memberi kesedaran kepada serikandi mengenai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan sekolah,masyarakat,agama dan negara.
Baca Lagi/ Read More...

Wednesday, June 17, 2009



CATATAN INDAH BUAT DIRI..AINS
(Dedikasi buat teman-teman fasi Malam Inspirasi Sukses 2009)

Suatu ketika dahulu aku bermimpi untuk menjadi salah seorang fasilitator seperti rakan rakanku Zaleha dan syuhaida.Ternyata pada Malam Inspirasi Sukses ini aku menjadi tetamu terpilih bagi memikul tanggungjawab yang maha berat ini di pundakku ..


raut wajah yang sentiasa ceria...

Pada hari Isnin bersamaan 1 Jun 2009, kami barisan fasilitator melangkah masuk ke dewan yang serba indah untuk menjayakan misi kami.Program mereka pada pagi itu ialah ceramah atau penerangan mengenai teknik belajar yag berkesan oleh guru sukses Cikgu Mohamad bin Aspari.Sebelum kami mengambil alih program pada pagi tersebut, Ketua Pengarah kami Saudara Asri bin Zainal meminta semua fasilitator untuk sama-sama menyanyikan lagu tema bagi program tersebut iaitu DEMI MATAHARI.

Semua adik-adik muslimat kelihatan malu-malu.Jadi, kami barisan fasilitator harus buang jauh-jauh perasaan malu agar adik-adik turut sama ”enjoy ” bersama kami.s
Selesai sahaja lagu DEMI MATAHARI itu berkumandang, saudara Asri kembali mengendalikan pembahagian kumpulan bagi akiviti seterusnya.Seorang fasilitator diarahkan memegang dua kumpulan.Satu kumpulan E’dadi dua dan satu kumpulan lagi Senawi satu.Tidak dinafikan bukan mudah untuk mengawal dua kumpulan sekaligus.Macam-macam ragam dan karenah yang kami temui. Akan tetapi di sinilah sebenarnya perjuangan bermula.Perjuangan yang banyak mengajar erti pengorbanan dan kesabaran.

Setiap kumpulan ditugaskan untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah belajar berkesan yang telah didedahkan oleh Cikgu Mohamad bin Aspari sebentar tadi.Ketika menjadi fasilitator, banyak perkara yang dapat dilihat dari kaca mata yang berbeza.Semuanya menggamit jutaan memori ketika berada di Saujana Asahan pada tahun 2008. Ketika itu,kami berada di tingkatan empat dengan melakukan aktiviti yang sama, dengan dikelolai oleh guru yang sama cuma tempat dan masa yang berbeza.
The best group..Suksess..!!
Persembahan deklamasi sajak dan lakonan...

Tepat jam 12 tengah hari,semua peserta dipanggil masuk ke dalam dewan bagi membentangkan hasil kerja mereka.terdapat banyak cara belajar yang mereka persembahkan antaranya sajak, kuiz, lagu,dan akronim.Antara banyak-banyak kumpulan yang terlibat hanya satu yang dipilih untuk persembahan pada malam nanti.


Pada sebelah malamnya, terdapat tiga slot.Slot pertama dikendalikan oleh fasi muslimin iaitu slot Zero Mind Process (Muhasabah Kendiri) begitu menyentuh perasaan peserta.Malangnya, bukan peseta yang tersentuh dahulu malahan fasi yang dahulu mengalirkan air mata.Kenapa aku harus mengalirkan air mata? Kerana manusia itu bukan insan kamil dan perlu sentiasa bermuhasabah diri agar sentiasa merasai nilai kehambaan yang sebenar dalam diri mereka. Slot fasi muslimin benar-benar mengujakan perasaan ku ini.


Slot kedua menyajikan NurZaleha binti Ab.Talib sebagai moderator yang sangat berbakat. Perasaan kagum perlahan menyelinap masuk ke dalam kalbu ini tatkala beliau menyatakan bahawa antara target yang ingin dicapainya ialah mencari bapanya yang menghilang entah kemana.Tabah sungguh sahabatku ini jikalau aku yang berada di tempatnya, entah bagaimana agaknya.Barangkali, kepayahan hidup yang selama ini dirasai mengajarnya erti kehidupan.

Selepas tamat bicara daripada Saudari Zaleha,Cikgu Mohamad mengambil alih tugas berikutnya.Banyak sekali tayangan yang dipaparkan semuanya mengisahkan diari kehidupan sosok-sosok luar biasa yang bisa meniupkan semangat berusaha untuk menggapai impianhidup dalam kalangan peserta.Paling meninggalkan kesan dalam sanubari ini ialah video klip 100 Target yang memaparkan kehidupan seorang insan yang menulis 100 matlamat hidupnya yang ditertawakan oleh kawan-kawannya dan akhirnya apa yang rakan-rakannya tertawakan membuat mereka tergumam apabila satu persatu target itu kini menjadi realiti dan akhinya melahirkan insan yang benar-benar punya jati diri yang tinggi, setinggi gunung Fuji.

Tika guru suksess menyampaikan amanat dan pesanan..


Aku malah kagum dengan Cikgu Mohamad yang bersungguh-sungguh melaksanakan agenda perubahan di bumi tarbiyah tanpa pernah mengenal erti penat, mengantuk, atau apa-apa sahaja asal beliau dapat berbakti kepada anak bangsa yang masih dahagakan ilmu agama dan pengurusan diri. Guruku ini tidak kisah berapa banyak wangnya dibelanjakan, keadaan keretanya yang tidak seindah orang lain, masanya dengan keluarga yang tinggal sedikit mana asalkan beliau dapat memberi khidmat yang terbaik untuk anak-anak didiknya. Benarlah kata pepatah, alang-alang mandi biar basah, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang berjuang, biarlah sehingga benar-benar sukses hasilnya! Moga Allah swt mengurniakan kesihatan yang baik untukmu duhai guruku...agar kami semua mampu merasai nikmat perjuanganmu pada suatu hari nanti!

Bersama guru suksess dan teman-teman..

Baca Lagi/ Read More...

Kem Inspirasi Serikandi Suksess


Remaja merupakan aset yang paling berharga bagi negara.Hal ini kerana golongan remaja merupakan waris yang bakal menerajui kepimpinan dan kemajuan negara pada masa hadapan.Justeru,mereka perlu dilengkapkan dengan kemantapan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.Menyedari hakikat tersebut,Unit Pembangunan Modal Insan dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menyediakan inisiatif dengan menganjurkan program yang dikenali sebagai KEM INSPIRASI SERIKANDI SUKSESS untuk serikandi Maahad Ahmadi yang bakal menjadi tunggak utama negara mascapadana ini.
Objektif program :

· Memupuk keprihatinan serikandi untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup.
· Membina peribadi serikandi muslimah yang berdaya saing, berkepimpinan,kreatif dan
produktif
· Memberi kesedaran kepada serikandi mengenai peranan dan sumbangan mereka dalam
pembangunan sekolah,masyarakat,agama dan negara.
Baca Lagi/ Read More...